YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat YBhg. Dato’ Indera Noridah binti Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani pada pagi ini.
Kunjungan ini bertujuan membincangkan masalah yang dihadapi dan mencari solusi bantuan kepada penternak akuakultur di Kampung Jerantut Feri yang merupakan kawasan yang dipilih oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan di bawah Program Satu Pemimpin satu Kampung (Santuni MADANI).
Turut hadir sama Dr. Siti Norita binti Mohamad, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Glami Lemi, Negeri Sembilan, En. Luther bin Moguup @ John, Ketua Cawangan Akuakultur Air Tawar, Bahagian Akuakultur, En. Mohd Fauzi bin Salehon, Ketua Cawangan Tranformasi Ekonomi Perikanan, Bahagian Akuakultur, En. Muhammad Nur Ashry bin Bassari, Ketua Cawangan Akuakultur, Pejabat Perikanan Negeri Pahang, dan En. Mohd Nor Ramzan bin Rohim, Ketua Pusat Pengembangan Akakultur Perlok, Pahang.