Pilih satu Halaman

Kunjungan Hormat Institut Maritim Malaysia (MIMA) ke Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Kunjungan Hormat Institut Maritim Malaysia (MIMA) ke Jabatan Perikanan Malaysia

13 Mei 2025

Jabatan Perikanan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Institut Maritim Malaysia (MIMA) yang diketuai YBhg. Dato’ Mohamed Suffian Awang, Pengerusi MIMA di Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan senario perikanan di Malaysia.

Antara perkara-perkara yang dibincangkan meliputi aspek pengurusan sumber perikanan, kelestarian marin, dan isu-isu semasa yang melibatkan komuniti nelayan dan pemilik kapal perikanan, serta keselamatan makan.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan serta dihadiri oleh Dr. Azhar Bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, En Ruzaidi Bin Mamat, Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.