Satu perjumpaan antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan delegasi Uzbekistan yang terdiri daripada Kementerian Pertanian Uzbekistan, Government of Tashkent Province dan Government of Kashkadarya Province telah diadakan pada 5 Februari 2025. Kunjungan ini diadakan sempena program Lawatan Rasmi TYT Shavkat Mirziyoyev, Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang akan berlangsung pada 4 hingga 6 Februari 2025.
Sesi perjumpaan ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama antara dua negara khususnya dalam bidang akuakultur dan penyelidikan. Delegasi Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain turut disertai oleh YBrs Dr. Akma binti Ngah Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, Encik Nazri bin Ishak, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik dan Wakil daripada KPKM, manakala YBrs. Dr. Azhar Bin Hamzah Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan turut hadir secara dalam talian.