Pilih satu Halaman

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pejabat Taman Laut Daerah Besut, Terengganu.

Utama » Aktiviti » Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Dato’ Adnan bin Hussain telah mengadakan satu lawatan kerja ke Pejabat Taman Laut Daerah Besut, Terengganu.

9 September 2023

Beliau telah diberi taklimat dan juga perbincangan berkenaan pengurusan perbelanjaan aset di Pejabat Taman Laut tersebut.

Seterusnya, Ketua Pengarah Perikanan telah membuat satu lawatan kerja ke Pusat Taman Laut Pulau Perhentian, Besut, Terengganu.

Tujuan lawatan ini untuk memantau keadaan Pusat Taman Laut ini demi memastikan keadaan Pusat Taman Laut berada dalam keadaan baik dan teratur serta bersedia menerima kunjungan para pelancong dari dalam dan luar negara.

Turut hadir Puan Uraini Binti Ujang, Ketua Cawangan Bahagian Konservasi Dan Perlindungan Perikanan, Puan Norlizawati Binti Ibrahim, Ketua Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan Pejabat Perikanan Negeri Terengganu, Abdul Ghaffar Bin Salleh, Ketua Taman Laut Daerah Besut serta Pegawai – pegawai Perikanan dari Pejabat Taman Laut Daerah Besut, Terengganu.

Terkini

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia