Pilih satu Halaman

Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd melalui JL Food Industries Sdn Bhd menawarkan ‘Kiosk Oden’ sebagai salah satu peluang pekerjaan kepada orang ramai.

Utama » Aktiviti » Joo Lee Import & Export Co Sdn Bhd melalui JL Food Industries Sdn Bhd menawarkan ‘Kiosk Oden’ sebagai salah satu peluang pekerjaan kepada orang ramai.

23 November 2021

Melalui tawaran kiosk ini, pihak syarikat turut membantu dengan menyediakan peralatan yang lengkap dan produk dengan modal serendah RM3,000 sahaja. Tawaran ini juga selaras dengan usaha kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada golongan B40 terutamanya. Syarikat ini telah berkecimpung dalam perniagaan membekalkan makanan laut sejuk beku selama lebih 30 tahun. Idea ini tercetus apabila syarikat ini menyertai ‘Food Festival’ dan berjaya menjual sebanyak 50 mangkuk sehari. Hadir pada program tersebut, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Encik Ahmad Tarmidzi B Ramly dan Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Puan Noraisyah Binti Abu Bakar.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan