Pilih satu Halaman

Jabatan Perikanan Malaysia telah Menganjurkan Majlis Perundingan Industri bersama Penternak Akuakultur (MPI) Secara Atas Talian di Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya.

Utama » Aktiviti » Jabatan Perikanan Malaysia telah Menganjurkan Majlis Perundingan Industri bersama Penternak Akuakultur (MPI) Secara Atas Talian di Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya.

5 Oktober 2021

Majlis Perundingan Industri (MPI) menggabungkan penternak dari pelbagai komoditi dan negeri yang menjalankan aktiviti akuakultur. Majlis Ini turut dihadiri oleh syarikat Blue Archipelago Berhad, QL Aquamarine, Asia Aquaculture (M) Sdn Bhd, Trapia (M) Sdn Bhd, HTA Aquaculture, Iman Insani, Aqua Narque, dan Persatuan Industri Udang Malaysia(MSIA), Malaysia Fisheries Society (MFS), Malaysian Aquaculture Development Association (MADA), Marine Fish Farmer Association Malaysia (MFFAM).Bagi memastikan sasaran pengeluaran akuakultur menjelang tahun 2025 iaitu sebanyak 630 ribu tan metrik dapat dicapai, pelbagai usaha telah dilaksanakan dalam memperkukuhkan industri akuakultur di Malaysia. Bagi melancarkan lagi usaha berkenaan, jabatan berhasrat untuk mendapatkan isu dan pandangan daripada wakil syarikat dan penternak akuakultur.Maklumat dan hasil perbincangan dalam majlis ini akan digunapakai dalam memperkukuhkan perancangan jabatan dan kerajaan dalam memacu industri akuakultur pada masa akan datang.Program turut disertai Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Encik Ahmad Tarmidzi Bin Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), YBrs. Tuan Haji Sufian bin Haji Sulaiman, Bahagian Industri Tanaman Ternakan dan Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Puan Helena Binti Mohammad, Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Timbalan Pengarah Kanan Penyelidikan FRI Batu Maung, Ybrs Dr. Azhar Bin Hamzah, Bahagian Perancangan & Pembangunan, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah, Pengarah, Bahagian Perancangan & Pembangunan, Puan Shamila Binti Zainol, dan wakil Bahagian Biosekutiti Perikanan, wakil Bahagian Kejuruteraan Perikanan, wakil Bahagian Pengembangan & Pemindahan Teknologi.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan