Pilih satu Halaman

IPP Tanjung Demong Pusat Rujukan Ikan Marin.

Utama » Aktiviti » IPP Tanjung Demong Pusat Rujukan Ikan Marin.

18 Februari 2024

18 Februari 2024 | Besut, Terengganu

Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung Demong (IPPTD) berperanan dalam penyelidikan & pembangunan baka dan induk ikan marin (kerapu, siakap, jenahak dan lain-lain spesies marin), penyelidikan teknologi berkepadatan tinggi sistem pengeluaran ikan, penyelidikan penghasilan makanan hidup higenik dan berkepadatan tinggi, kajian penggunaan rawatan alternatif pengurusan kesihatan ikan.

Dalam lawatan kerja ini, Dato’ Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah melihat menuai ikan susu yang diternak di IPP Tanjung Demong.

Sebelum itu, Ikan susu atau Chanos chanos ini merupakan satu lagi kejayaan hasil penyelidikan yang dijalankan oleh IPP Tanjung Demong dalam membantu pengusaha dan penternak ikan kultur marin.

Ikan Susu yang dituai hari ini akan diedarkan kepada penternak di sekitar Negeri Kelantan dan Negeri Terengganu secara percuma dalam usaha memingkatkan pengeluaran ikan susu.

Beliau turut berharap IPP Tanjung Demong terus memainkan peranan yang penting dalam ternakan ikan marin .

Hadir sama dalam lawatan ini Dr. Azhar bin Hamzah, Pengarah Kanan Institut Penyelidikan Perikanan, Dr Ahmad Daud bin Om, Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan Tanjung Demong, En. Nazri bin Ishak Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan, En. Ruzaidi bin Mamat Pengarah Perikanan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat dan negeri.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia