YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah menyempurnakan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Sungai Pahang. Sebanyak 34,500 ekor benih ikan iaitu 10,000 ekor ikan terbul, 500 ekor ikan patin buah dan 24,000 ekor lampam sungai berjumlah RM16,500 yang disumbangkan oleh Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok, Pahang dilepaskan.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia turut mengadakan sesi libat urus bersama Pengurus Besar Jaman Tory Marketing, En. Atta bin Ahmad. Jaman Tory Marketing merupakan usahawan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Program myAgropreneur Perikanan (myAP).
Jaman Tory Terapung di Bera merupakan restoran ketiga yang dimiliki oleh usahawan ini. Restoran ini menyajikan menu tradisi Negeri Pahang sebagai sajian utama seperti ikan patin tempoyak, turut menyediakan menu-menu masakan kampung yang lain, antara pembuka selera adalah Ikan Pekasam, Ikan Mungkus, serta sambal dan ulam yang segar-segar.
Hadir sama YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Encik Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang dan pegawai serta kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pahang & Ibu Pejabat Perikanan.
Semoga perniagaan ini berkembang maju.