Pada pagi ini, telah berlangsung program Pelepasan Benih Udang Galah di sungai belat, Kuantan oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. Sebanyak 32,000 ribu benih udang galah yang disumbangkan oleh Pusat Penetasan Udang Galah Kg. Acheh, Sitiawan, Perak.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah melaksanakan program pelepasan lebih 21 juta ekor benih udang galah ke perairan sungai bernilai RM2.35 juta dari tahun 2021 hingga 2024. Di negeri Pahang. sahaja, sebanyak 1.7 juta ekor benih udang galah telah dilepaskan ke sungai-sungai utama sepanjang tempoh tersebut, memberikan manfaat besar kepada komuniti nelayan darat tempatan dan menyokong pemuliharaan ekosistem.
Hadir sama YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur, Encik Abdullah bin Jaafar Pengarah Perikanan Negeri Pahang dan kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Pahang serta Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Kuantan, Pahang.