Pilih satu Halaman

1000 Ekor Ikan Kelah Dilepaskan Di Santuari Sungai Chalil.

Utama » Aktiviti » 1000 Ekor Ikan Kelah Dilepaskan Di Santuari Sungai Chalil.

21 Februari 2024

21 Februari 2024 | Gua Musang, Kelantan

YB Dato’ Shaari bin Mat Hussain, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi, Kerajaan Negeri Kelantan dan Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) YBrs. Tuan Haji Bohari bin Haji Leng menyempurnakan program pelepasan 1000 ekor ikan kelah di santuari sungai chalil.

Santuari Sungai Chalil adalah aktiviti baru yang diuruskan oleh myKomuniti Perikanan (myKP) Kampung Kesedar Chalil. Di santuari ini terdapat dua spesies iaitu ikan kelah dan tengas.

Santuari ini diwujudkan untuk memelihara dan meningkatkan populasi ikan sungai dihabitat asal.

Untuk makluman, sejak tahun 2019 Jabatan Perikanan Malaysia telah melepaskan spesies ikan kelah, ikan lampan sungai, ikan kerai, udang galah, terbul dan tengas di sepanjang sungai chalil ini.

Turut hadir sama dalam program ini YABrs. Tuan Haji Nik Raisnan bin Haji Daud, Ketua Jajahan Gua Musang, Dr. Erniyta binti Osman Pengarah Perikanan Negeri Kelantan dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Kelantan.