Seramai 784 graduan telah menerima sijil dan diploma pada Majlis Konvokesyen Pertanian bagi tahun 2025 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) hari ini.
Majlis konvokesyen ini adalah untuk meraikan para pelatih tahun 2024 yang telah menamatkan pengajian di Institut Latihan TVET Pertanian (ILTP) Bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Bagi sub sektor perikanan seramai 12 orang graduan Sijil Perikanan telah menamatkan pengajian di Akademi Perikanan Malaysia dengan jayanya.
Dalam majlis ini saudara Muhamad Ajmal bin Azri telah menerima Anugerah Ketua Pengarah Perikanan yang disampaikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Turut hadir dalam majlis ini YBrs. Puan Yeo Moi Eim Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan),dan Puan Shamila binti Zainol Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.
Tahniah dan selamat maju jaya!