Am Am

FAQ    Semak Maklumbalas Aduan/Pertanyaan    Kemukakan Aduan/Pertanyaan   Laman Web Jabatan Perikanan

 

Category : General

Soalan : Di manakah saya boleh dapatkan poster jenis-jenis ikan laut dan ikan-ikan sungai (freshwater fish)?

Jawapan : Poster boleh diperoleh daripada Cawangan Komunikasi, Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan, Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya. Sila berhubung dengan Encik Fakharuddin(03-88704255)

 

 

Soalan : kelulusan import/export

Jawapan : Jabatan Perikanan hanya memberikan kebenaran kelulusan import/export dan pergerakan ikan hidup sahaja. Sehubungan dengan itu pengimportan sample biologi kehidupan laut yang diawetkan dengan formalin bukan bawah bidang kuasa Jabatan perikanan

 

 

Soalan : Lesen Aktiviti Memancing

Jawapan : Mengikut Akta dan Peraturan Jabatan Perikanan Malaysia, setiap vesel/bot yang digunakan untuk aktiviti menangkap ikan perlu dilesenkan. Bagi kes tuan, walaupun untuk kegunaan sendiri ianya perlu dilesenkan. Namun mungkin tuan bukan nelayan tulen atau sepenuh masa, tiada kad pendaftaran nelayan dan lesen untuk sampan atau enjin sangkut tidak dikeluarkan lagi. Oleh itu adalah dinasihatkan tuan mendapatkan lesen daripada Jabatan Laut sebagai tujuan rekreasi. Tuan juga boleh hadir ke Pejabat Perikanan Daerah/Jabatan Laut berhampiran untuk mendapatkan nasihat berkaitan.

 

 

Soalan : Subsidi

Jawapan : Untuk makluman Jabatan tidak menyediakan subsidi tapi ada menyediakan bantuan berbentuk input. Disamping itu juga jabatan adalah menyediakan insentif galakan pengeluaran Akuakultur. Pengusaha kecil dan juga komersil layak menerima insentif tersebut yang dibayar berasaskan pengeluaran. Pengusaha kecil ikan airtawar termasuk keli dan sebagainya di bayar sebanya RM570 bagi setiap tan ikan yang dihasilkan. Pembayaran akan dibuat tertakluk kepada peruntukan yang ada. Bagaimanapun untuk maklumat lebih lanjut puan boleh hubungi pejabat perikanan daerah atau negeri yang berkenaan atau hubungi Puan Roslina Jabatan Perikanan Putrajaya melalui talian 0388704762

 

 

Soalan : Inkubator

Jawapan : Di Jabatan Perikanan terdapat 2 jenis program inkubator iaitu Projek Inkubator Pemprosesan (PIP) dan Inkubator Akuakultur. Bagi Program Inkubator Pemprosesan, penyelarasan dijalankan oleh Bahagian Pengembangan Perikanan. Pada masa ini terdapat 2 buah Pusat Inkubator Pemprosesan yang sedang beroperasi iaitu: PIP Seberang Takir, Terengganu dan PIP Tok Bali, Kelantan. Kedua-dua pusat ini telah dilantik peserta yang mengeluarkan produk seperti filet ikan, keropok, bebola ikan dan isi ikan. Dari segi tawaran dan pelantikan, Jabatan melalui Pejabat Perikanan Negeri berkenaan akan mengeluarkan hebahan melalui akhbar tempatan atau pemberitahuan di papan kenyataan Jabatan.

 

 

Soalan : Harga Ikan

Jawapan : Harga ikan dimana mana ditentukan oleh penawaran dan permnitaan. Bagaimanapun pada musim perayaan pihak KPHDN adalah menetapkan siling harga ikan-ikan tertentu bagi menjaga kepentingan pengguna. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dipertanggungjawab untuk mengendalikan pasaran pemasaran ikan di Malaysia tetapi bukan menetapkan harga. Harga ditentukan oleh pasaran.

 

 

Soalan : Faktor Peningkatan sumber perikanan

Jawapan : Industri Perikanan Negara terbahagi kepada dua (2) sub sektor iaitu perikanan tangkapan dan akuakultur. Perikanan Tangkapan Sektor perikanan tangkapan diurus bagi memastikan sumber perikanan negara dieksploitasi secara mampan dan menguntungkan. Faktor sumber perikanan yang terhad tidak membolehkan pertambahan bilangan vesel dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Berdasarkan status sumber sediaada, hanya perikanan laut dalam yang masih berpotensi untuk dimajukan. Faktor-faktor lain yang mempengaruhi industri perikanan tangkapan adalah kekurangan minat warga tempatan untuk bekerja di vesel menangkap ikan laut dalam, kehilangan semasa/selepas tuai (post harvest losses), pencerobohan nelayan asing, penggunaan peralatan yang tidak mesra sumber dan aktiviti hiliran (pemprosesan) yang masih belum berkembang sepenuhnya di negara kita. Akuakultur Sub-sektor akuakultur sangat berpotensi untuk dimajukan di negara ini. Antara faktor yang mempengaruhi kemajuan industri akuakultur adalah modal permulaan yang besar, kesukaran memperoleh kawasan yang sesuai dan ancaman penyakit. Negara tidak ketinggalan dari segi teknologi dan Jabatn sentiasa bersedia untuk membantu dari segi teknikal. Isu kekurangan benih lebih kerana kekurangan pengusaha kerana kaedah/teknik menghasilkan benih telah sedia ada di negara kita. Kedua-dua sub sektor perikanan iaitu perikanan tangkapan dan akuakultur juga mengahdapi masalah dari segi kekurangan pekerja tempatan, keperluan untuk mematuhi piawaian antarabangsa dan persaingan dan keperluan untuk menghasilkan produk yang berkualiti, selamat dimakan dan lebih murah berbanding import.

 

 

Soalan : Spesies Ikan Terjadual

Jawapan : Menurut Akta Cites 2008 (akta 626), Seksyen 10, dan 12, adalah menjadi suatu kesalahan jika memiliki spesies ikan terjadual (Lampiran 2) dalam Jadual 3- Spesies Terjadual tanpa permit. Walaubagaimanapun, bagi ikan-ikan yang telah dipelihara atau diperolehi sebelum ini, Jabatan Perikanan akan melaksanakan proses pendaftaran bagi maksud kebenaran memiliki ikan tersebut sedikit masa lagi. Oleh yang demikian, kerjasama tuan adalah dipohon untuk memberikan butiran mengenai pemilikan tersebut untuk pengetahuan kami bagi memudahkan proses pendaftaran tersebut kelak. Nama pemilik : Alamat : No. Telefon : Jumlah ikan yang dimilik : Tarikh memiliki ikan terjadual

 

 

Soalan : Data Taburan Perikanan

Jawapan : Jabatan Perikanan ada menerbitkan Buku Perangkaan Tahunan Perikanan setiap tahun dan kemungkinan maklumat tersebut boleh diperolehi daripada Buku tersebut. Buku tersebut ada dijual di Unit Penerbitan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya dengan harga RM10 sahaja. Buku tersebut juga boleh dimuat turun daripada ruangan perangkaan di Laman Web Jabatan Perikanan, http://www.dof.gov.my .

 

 

Soalan : Bagaimana mengimport Ikan Flowerhorn dari Vietnam? Apakah prosedur yang diperlukan?

Jawapan : Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat satu pindaan peraturan iaitu, ikan flowerhorn iaitu Genus Cichlasoma telah dimasukkan ke dalam senarai ikan hidup yang dilarang import. Larangan ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Perikanan (Larangan Import, Dsb., bagi Ikan Hidup) 1990* Pindaan Tahun 2011, Akta Perikanan Malaysia 1985. Larangan ini telah berwartakan pada 10 Mac 2011. Makluman lanjut boleh hubungi En. Nummeran b. Mohd Nordin No. tel: 03-8870 4000 ext 4670 Emel : nummeran@dof.gov.my

 

 

Question: Import ketam batu

Answer : Bagi aktiviti imprt ketam batu, Jabatan Perikanan tiada halangan untuk tuan menjalankan aktiviti tersebut. Untuk makluman tuan, tuan hendaklah berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Borang dan prosedur pendaftaran tuan boleh perolehi dari Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Kedah di Bukit Kayu Hitam. Tuan boleh menghubungi Pn. Ikhwaty Ibrahim atau En. Muhd. Mutalib Sapiee di talian 04-92227856. Selepas pendaftaran, tuan dikehendaki untuk memohon lesen import/eksport ikan/ketam/udang daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan perlu juga mendapatkan permit import, tuan hendaklah berdaftar dengam MAQIS. Pejabat-pejabat MAQIS dan LKIM juga terdapat di Bukit Kayu Hitam.

 

Soalan : Latihan/Praktikal

Jawapan : Jabatan ini tiada halangan untuk puan menjalankan latihan/praktikal di Jabatan ini. Berhubung dengan bidang kerja berkenaan, pihak puan dinasihatkan supaya dapat menghubungi atau membuat permohonan bertulis terus ke Pejabat Perikanan Negeri Perlis mengenai perkara tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut tuan boleh menghubungi Pejabat Perikanan Negeri Perlis atau Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat Perikanan Malaysia, Putrajaya. Sekian, terima kasih

 

 

Soalan : Import Kerang

Jawapan : Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Perikanan Malaysia. Untuk makluman tuan sekiranya kerang yang hendak dieksport merupakan kerang hidup ia hendaklah merupakan kerang dewasa dengan saiz tidak kurang dari 25mm. Syarat-syarat sepertimana di bawah perlu dipenuhi sebelum tindakan mengeksport kerang tersebut boleh diambil: 1. Pengeksport perlu berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia 2. Pengeksport perlu berdaftar dengan MAQIS bagi mendapatkan permit eksport MAQIS. 3. Pengeksport perlu memohon lesen eksport Ikan Hidup/Kerang dari pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM). 4. Pengeksport perlu mendapatkan maklumat mengenai keperluan analisa yang ditetapkan oleh negara pengimport. Sebelum kerang boleh dieksport ia perlu disertai dengan Sijil Kesihatan yang diperolehi dari Unit Biosekuriti Perikanan negeri di pintu keluar dan permohonan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh kerang dieksport. Sijil kesihatan akan dikeluarkan berdasarkan keperluan analisa negara pengimport. Sekian, terima kasih,

.

Soalan : Pendaftaran ladang ikan

Jawapan : Untuk makluman tuan, bagi tujuan permohonan untuk mendaftarkan ladang di bawah CITES, satu kertas cadangan(proposal) mengenai ladang tuan perlu disediakan dan dimajukan ke Jabatan Perikanan Malaysia. Pihak Jabatan seterusnya akan membuat semakan ke atas kertas cadangan tersebut sebelum audit dijalankan berdasarkan senarai semak dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Sekretariat CITES Geneva. Kertas cadangan yang telah lengkap seterusnya akan dihantar ke Sekretariat CITES di Geneva untuk penilaian dan kelulusan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai penyediaan kertas cadangan dan sebagainya tuan boleh berhubung dengan Pn. Norashikin bt Daliyana di talian 03-88704682 atau emel di alamat emel berikut norashikin@dof.gov.my. Sekian, terima kasih. Mazniza bt Othman Pegawai Perikanan Bahagian Biosekuriti Perikanan Jabatan Perikanana Malaysia Putrajaya. 03-88704673

 

 

Soalan : Prosedur mengimport batu karang (live coral) dan ikan laut dari luar negeri (eg Australi/Amerika) untuk kegunaan sendiri (bukan perniagaan)

Jawapan : mendapatkan sijil CITES dari negara asal batu karang dan ikan laut berkenaan diimport dan anda juga perlu membuat permohonan bagi mendapatkan permit CITES yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Permit CITES dari negara pengeksport perlu dikemukakan kepada pihak Jabatan bagi tujuan permohonan Permit Import CITES. Borang permohonan Permit Import CITES boleh diperolehi di laman web Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.my/39.

 

 

Soalan : Jenis-jenis bantuan kepada pencebur industri perikanan khasnya akuakultur

Jawapan : Salam Sejahtera. Jabatan Perikanan Malaysia mengucapkan terima kasih atas pertanyaan saudara. Jenis-jenis bantuan kepada penternak adalah 1) Khidmat nasihat dan bantuan teknikal meliputi kajian kesesuaian tapak,analisa mutu air dan ujikaji ancaman penyakit ikan 2) Bantuan benih dan makan ikan. Ia diberikan secara percuma berpandukan Dasar Bekalan Benih bagi penternak kecil pusingan pertama 3) Bantuan peralatan. Penternak kecil akan diberi pinjam/sewa atau bekalan pukat/sangkar berdasarkan permintaan dan bekalan sediaada 4) Latihan & Bengkel. Ia diperoleh secara percuma di Pusat Pengembangan Akuakultur /Perikanan. Semua jawapan yang dikemukan hendaklah disusuli dengan penjelasan dari Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran dengan lokasi tuan. Sekian. UNIT PERHUBUNGAN AWAM Jabatan Perikanan Malaysia