Visi, Misi & Objektif


Visi

Meningkatkan pengeluaran dan imbangan dagangan perikanan negara ke arah mewujudkan kumpulan sasar yang maju menjelang tahun 2010.

Misi
Mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti

Objektif

1. Merealisasikan sasaran pengeluaran ikan negara kepada 1.83 juta tan metrik setahun melalui peningkatan sumbangan perikanan laut dalam sebanyak 380,000 tan metrik, akuakultur 508,000 tan metrik dan mengekalkan sumbangan perikanan laut pantai iaitu 938,000 tan metrik.

2. Berusaha kearah meningkatkan nilai eksport produk berasaskan ikan kepada RM3.3 billion disamping mengawal peningkatan import supaya berada ditahap RM2.8 billion.

3. Berusaha ke-arah pencapaian pendapatan minimum bersih usahawan perikanan sebanyak RM 3,000 sebulan.

4. Memastikan pendapatan golongan nelayan melebihi paras kemiskinan.