» Utama » Profail Jabatan » Perutusan Ketua Pengarah

PERUTUSAN KETUA PENGARAH PERIKANAN

Selamat Datang ke Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia bertanggungjawab untuk pembangunan dan pengurusan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya saing. Visi kami adalah untuk meningkatkan pengeluaran dan imbangan dagangan perikanan negara supaya mewujudkan kumpulan sasar yang maju menjelang tahun 2010.

Laman web ini merupakan suatu jendela kepada fungsi-fungsi, tawaran perkhidmatan-perkhidmatan dan peristiwa-peristiwa semasa Jabatan. Kami berharap bahawa bahan-bahan dalam laman ini adalah berguna dan dapat membawa manfaat kepada mereka yang berkaitan dengan sektor perikanan.

Sekian terima kasih.


DATO' JUNAIDI BIN CHE AYUB
Ketua Pengarah Perikanan
Putrajaya.