| ARTICLE 10 - INTEGRATION OF FISHERIES INTO
COASTAL AREA MANAGEMENT
10.1 Institutional framework 10.1.1 States should ensure that an appropriate policy, legal and institutional framework is adopted to achieve the sustainable and integrated use of the resources, taking into account the fragility of coastal ecosystems and the finite nature of their natural resources and the needs of coastal communities. 10.1.2 In view of the multiple uses of the coastal area, States should ensure that representatives of the fisheries sector and fishing communities are consulted in the decision-making processes and involved in other activities related to coastal area management planning and development. 10.1.3 States should develop, as appropriate, institutional and legal frameworks in order to determine the possible uses of coastal fishing communities and their customary practices to the rights of coastal fishing communities and their customary practices to the extent compatible with sustainable development. 10.1.4 States should facilitate the adoption of fisheries practices that avoid conflict among fisheries resources users and between them and other users of the coastal area. 10.1.5 States should promote the establishment of procedures and mechanisms at the appropriate administrative level to settle conflicts which arise within the fisheries sector and betwenn fisheries resource users and other users of the coastal area. |
ARTIKEL 10 - INTEGRASI PERIKANAN KE DALAM
PENGURUSAN KAWASAN PANTAI
10.1 Rangka kerja Institusi 10.1.1 Negara-negara harus menentukan rangka kerja dasar, perundangan dan institusi, diterima pakai bagi mencapai penggunaan sumber secara mampan dan bersepadu, dengan mengambil kira ekosistem pantai yang tidak stabil dan sifat sumber asli yang terhad serta keperluan masyarakat pantai 10.1.2 Memandangkan kepada pelbagai guna kawasan pantai, negara-negara harus memastikan pandangan wakil sektor perikanan dan masyarakat nelayan diambil kira dalam proses membuat keputusan dan mereka juga terlibat di dalam lain-lain aktiviti yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan pengurusan kawasan pantai. 10.1.3 Negara-negara harus membangunkan, secara sesuai, rangka kerja perundangan dan institusi bagi menentukan pelbagai kemungkinan penggunaan sumber pantai dan untuk menentukan hak komuniti nelayan pantai dan amalan kebiasaan mereka yang bersesuaian dengan pembangunan yang mampan. 10.1.4 Negara-negara harus membantu penerimaan amalan perikanan yang menghindarkan konflik antara pengguna sumber perikanan dan antara mereka sendiri dan juga dengan lain-lain pengguna kawasan pantai. 10.1.5 Negara-negara harus menggalakkan pembentukan prosedur dan mekanisma pada tahap pentadbiran yang sesuai untuk menyelesaikan konflik yang timbul antara pengguna sumber perikanan dan antara lain-lain pengguna kawasan pantai. |
| 10.2 Policy measures
10.2.1 States should promote the creation of public awareness of the need for the protection and management of coastal resources and the participation in the management process by those affected. 10.2.2 In order to assist decision-making on the allocation and use of coastal resources, States should promote the assessment of their respective value taking into account economic, social and cultural factors. 10.2.3 In setting policies for the management of coastal areas, States should take due account of the risks and uncertainties involved. 10.2.4 States, in accordance with their capacities, should establish or promote the establishment of systems to monitor the coastal environment as part of the coastal management process using physical, chemical, biological, economic and social parameters. 10.2.5 States should promote multi-disciplinary research in support of coastal area management, in particular on its environmental, biological, economic, social, legal and institutional aspects. |
10.2 Langkah-langkah dasar
10.2.1 Negara-negara harus menggalakkan kesedaran umum tentang kepentingan perlindungan dan pengurusan sumber pantai dan penyertaan mereka yang berkaitan di dalam proses pengurusan. 10.2.2 Bagi membantu membuat keputusan ke atas pembahagian dan penggunaan sumber pantai, negara-negara harus menggalakkan penilaian nilai mereka dengan mengambil kira faktor ekonomi, sosial dan kebudayaan masing masing. 10.2.3 Dalam menetapkan dasar bagi pengurusan kawasan pantai, negara-negara harus mengambil kira risiko dan ketidak pastian yang terlibat. 10.2.4 Negara-negara, selaras dengan kemampuan mereka, harus menetap atau menggalakkan penubuhan sistem untuk memantau persekitaran pantai sebagai sebahagian dari proses pengurusan pantai menggunakan parameter fizikal, kimia, biologi, ekonomi dan sosial. 10.2.5 Negara-negara harus menggalakkan penyelidikan pelbagai disiplin bagi menyokong pengurusan kawasan pantai, khususnya didalam aspek persekitaran, biologi, ekonomi, sosial, perundangan dan institusi. |
| 10.3 Regional cooperation
10.3.1 States with neighbouring coastal areas should cooperate with one another to facilitate the sustainable use of coastal resources and the conservation of the environment. 10.3.2 In the case of activities that may have an adverse transboundary environmental effect on coastal areas, States should: a) provide timely information and, if possible, prior notification to potentially affected States; and b) consult with those States as early as possible. 10.3.3 States should cooperate at the subregional and regional level in order to improve coastal area management. 10.4 Implementation 10.4.1 States should establish mechanisms for cooperation and coordination among national authorities involved in planning, development, conservation and management of coastal areas. 10.4.2 States should ensure that the authority or authorities representing the fisheries sector in the coastal management process have the appropriate technical capacities and financial resources. |
10.3 Kerjasama Serantau
10.3.1 Negara-negara yang mempunyai kawasan pantai yang berjiran harus bekerjasama antara satu sama lain bagi membantu penggunaan sumber pantai yang mampan dan pemuliharaan persekitaran. 10.3.2 Jika terdapat aktiviti-aktiviti yang berkemungkinan akan menyebabkan kesan persekitaran lintas sempadan yang kurang baik, negara-negara harus: a) menyediakan maklumat yang berjadual dan, jika boleh, memberi notis yang awal kepada negara-negara yang berkemungkinan akan terjejas; b) berunding dengan negara-negara tersebut secepat mungkin 10.3.3 Negara-negara harus bekerjasama di peringkat serantau bagi meningkatkan pengurusan kawasan pantai. 10.4 Pelaksanaan 10.4.1 Negara-negara harus menetapkan mekanisme kerjasama dan penyelarasan di antara pihak berkuasa negara yang terlibat dalam perancangan, pembangunan, pemuliharaan dan pengurusan kawasan pantai. 10.4.2 Negara-negara harus menentukan pihak berkuasa yang mewakili sektor perikanan dalam proses pengurusan pantai mempunyai keupayaan teknikal dan sumber pembiayaan yang sesuai. |