| ARTICLES 9 - AQUACULTURE DEVELOPMENT
9.1 Responsible development of aquaculture, including culture-based fisheries, in areas under national jurisdiction 9.1.1 States should establish, maintain and develop an appropriate legal and administrative framework which facilitates the development of responsible aquaculture. 9.1.2 States should promote responsible development and management of aquaculture, including an advance evaluation of the effects of aquaculture development on genetic diversity and ecosystem integrity, based on the best available scientific information. 9.1.3 States should produce and regularly update aquaculture development strategies and plans, as required, to ensure that aquaculture development is ecologically sustainable and to allow the rational use of resources shared by aquaculture and other activities. 9.1.4 States should ensure that the livelihoods of local communities, and their access to fishing grounds, are not negatively affected by aquaculture developments. 9.1.5 States should establish effective procedures specific to aquaculture to undertake appropriate environmental assessment and monitoring with the aim of minimizing adverse ecological changes and related economic and social consequences resulting from water extraction, land use, discharge of effluents, use of drugs and chemicals, and other aquaculture activities. |
ARTIKEL 9 - PEMBANGUNAN AKUAKULTUR
9.1 Pembangunan akuakultur yang bertanggungjawab, termasuk kultur berasaskan perikanan, dalam kawasan di bawah bidang kuasa nasional 9.1.1 Negara-negara harus mewujud, memelihara dan membangunkan perundangan dan rangka kerja yang bersesuaian bagi memudahkan pembangunan akuakultur yang bertanggungjawab. 9.1.2 Negara-negara harus menggiatkan pembangunan dan pengurusan akuakultur yang bertanggungjawab, termasuk penaksiran awal kesan-kesan pembangunan akuakultur ke atas kepelbagaian genetik dan keutuhan ekosistem, berasaskan kepada perolehan maklumat saintifik terbaik semasa. 9.1.3 Negara-negara harus menghasilkan dan sentiasa mengemaskini strategi dan pelan pembangunan akuakultur, bila diperlukan, untuk memastikan pembangunan akuakultur dijalankan secara mampan dari segi ekologi dan bagi membolehkan penggunaan sumber secara rasional dan dikongsi bersama antara akuakultur dan lain lain aktiviti. 9.1.4 Negara-negara harus menjamin bahawa mata pencarian masyarakat tempatan, dan hak mereka kekawasan tangkapan ikan tidak terganggu akibat dari pembangunan akuakultur 9.1.5 Negara- negara harus mewujudkan prosedur yang berkesan khusus kepada akuakultur untuk menyelenggarakan penilaian persekitaran dan pemantauan yang sesuai bertujuan untuk meminimakan kesan perubahan ekologi dan kesan ekonomi dan kebudayaan yang berkaitan akibat dari pengambilan air, penggunaan tanah, pelepasan bahan buangan,penggunaan bahan ubatan dan kimia dan lain lain aktiviti akuakultur.
|
| 9.2 Responsible development of aquaculture
including culture-based fisheries within
transboundary aquatic ecosystems
9.2.1 States should protect transboundary aquatic ecosystems by supporting responsible aquaculture practices within their national jurisdiction and by cooperation in the promotion of sustainable aquaculture practices. 9.2.2 States should, with due respect to their neighbouring States and in accordance with international law, ensure responsible choice of species, siting and management of aquaculture activities which could affect transboundary aquatic ecosystems. 9.2.3 States should consult with their neighbouring States, as appropriate, before introducing non-indigenous species into transboundary aquatic ecosystems. 9.2.4 States should establish appropriate mechanisms, such as databases and information networks to collect, share and disseminate data related to their aquaculture activities to facilitate cooperation on planning for aquaculture development at the national, subregional, regional and global level. 9.2.5 States should cooperate in the development of appropriate mechanisms, when required, to monitor the impacts of inputs used in aquaculture. |
9.2 Pengembangan akuakultur yang
bertanggungjawab termasuk kultur berasaskan
perikanan dalam lingkungan ekosistem akuatik
lintas sempadan
9.2.1 Negara- negara harus melindungi ekosistem akuatik lintas sempadan dengan memberikan sokongan kepada amalan akuakultur yang bertanggungjawab didalam bidangkuasa nasional dan bekerjasama dalam menggiatkan amalan akuakultur mampan. 9.2.2 Negara-negara harus, menghormati negara jiran seperti yang termaktub dalam undang-undang antarabangsa, mempastikan pemilihan spesies, pemilihan tapak dan pengurusan aktiviti akuakultur yang bertanggungjawab tidak memberi kesan kepada ekosistem akuatik lintas sempadan. 9.2.3 Negara-negara harus berbincang dengan negara jiran, jika perlu, sebelum melepaskan spesies bukan tempatan ke dalam ekosistem akuatik lintas sempadan. 9.2.4 Negara-negara harus mewujudkan mekanisma yang sesuai, seperti pangkalan data dan jaringan informasi bagi mengumpul, berkongsi dan menyebarkan data berkaitan dengan aktiviti akuakultur mereka untuk memudahkan kerjasama dalam merancang pembangunan akuakultur di peringkat kebangsaan, wilayah, serantau dan antarabangsa. 9.2.5 Negara- negara harus bekerjasama di dalam membangunkan mekanisma yang bersesuaian, apabila diperlukan, bagi memantau kesan input yang digunakan dalam akuakultur. |
| 9.3 Use of aquatic genetic resources for the
purposes of aquaculture including culture-based
fisheries
9.3.1 States should conserve genetic diversity and maintain integrity of aquatic communities and ecosystems by appropriate management. In particular, efforts should be undertaken to minimize the harmful effects of introducing non-native species or genetically altered stocks used for aquaculture including culture-based fisheries into waters, especially where there is a significant potential for the spread of such non-native species or genetically altered stocks into waters under the jurisdiction of other States as well as waters under the jurisdiction of the State of origin. States should, whenever possible, promote steps to minimize adverse genetic, disease and other effects of escaped farmed fish on wild stocks. 9.3.2 States should cooperate in the elaboration, adoption and implementation of international codes of practice for introductions and transfers of aquatic organisms. 9.3.3 States should, in order to minimize risks of disease transfer and other adverse effects on wild and cultured stocks, encourage adoption of appropriate practices in the genetic improvement of broodstocks, the introduction of non-native species, and in the production, sale and transport of eggs, larvae or fry, broodstock or other live materials. States should facilitate the preparation and implementation of appropriate national codes of practice and procedures to this effect. 9.3.4 States should promote the use of appropriate procedures for the selection of broodstock and the production of eggs, larvae and fry. |
9.3 Penggunaan sumber genetik akuatik untuk
akuakultur termasuk kultur berasaskan perikanan
9.3.1 Negara- negara harus mengekalkan kepelbagaian genetik dan mempertahan kan keutuhan komuniti akuatik dan juga ekosistem melalui pengurusan yang tepat. Usaha harus diambil untuk meminimumkan kesan bahaya akibat dari pelepasan spesies bukan tempatan atau stok yang genetiknya telah diubah untuk akuakultur termasuk kultur berasaskan perikanan ke dalam perairan, terutama di kawasan yang berpotensi tinggi untuk penyebaran spesies bukan tempatan atau stok yang genetiknya telah diubah di dalam perairan di bawah bidang kuasa negara asal. Negara-negara harus, di mana perlu, menggalakan langkah- langkah untuk meminimumkan kesan genetik kurang baik, penyakit dan lain-lain kesan dari ikan ternakan yang terlepas ke atas stok ikan asli. 9.3.2 Negara-negara harus berkerjasama dalam menerang, menerima dan melaksanakan kod amalan antarabangsa untuk pelepasan dan pemindahan organisma akuatik. 9.3.3 Negara- negara harus, bagi meminimumkan risiko pemindahan penyakit dan lain-lain kesan kurang baik ke atas stok ikan asli dan ternakan, menggalakan penerimaan amalan yang sesuai di dalam pembaikan genetik induk ikan, pelepasan spesies bukan asli, dan dalam pengeluaran, penjualan dan pengangkutan telur, larva atau benih, induk atau lain lain bahan hidupan. Negara-negara harus membantu dalam penyediaan dan pelaksanaan kod amalan dan prosedur kebangsaan yang sesuai 9.3.4 Negara-negara harus menggalakan penggunaan prosedur yang sesuai bagi memilih induk dan pengeluaran telur, larva dan benih. |
| 9.3.5 States should, where appropriate, promote
research and, when feasible, the development of culture
techniques for endangered species to protect,
rehabilitate and enhance their stocks, taking into
account the critical need to conserve genetic diversity of
endangered species.
9.4 Responsible aquaculture at the production level 9.4.1 States should promote responsible aquaculture practices in support of rural communities, producer organizations and fish farmers. 9.4.2 States should promote active participation of fishfarmers and their communities in the development of responsible aquaculture management practices. 9.4.3 States should promote efforts which improve selection and use of appropriate feeds, feed additives and fertilizers, including manures. 9.4.4 States should promote effective farm and fish health management practices favouring hygienic measures and vaccines. Safe, effective and minimal use of theraapeutants, hormons and drugs, antibiotics and other disease control chemicals should be ensured. 9.4.5 States should regulate the use of chemical inputs in aquaculture which are hazardous to human health and the environment. |
9.3.5 Negara-negara harus, di mana perlu,
menggalakan kajian dan, bilamana sesuai,
pembangunan teknik-teknik ternakan bagi spesies
terancam bagi melindungi, memulih dan meningkatkan
stoknya dengan mengambil kira keperluan kritikal untuk
memulihara kepelbagaian genetik spesies terancam.
9.4 Akuakultur yang bertanggungjawab pada peringkat pengeluaran 9.4.1 Negara-negara harus menggalakan amalan akuakultur yang bertanggungjawab bagi menyokong komuniti luar bandar, persatuan pengeluar dan penternak ikan. 9.4.2 Negara-negara haruslah menggalakkan penyertaan penternak ikan dan komunitinya secara aktif di dalam pembangunan amalan pengurusan akuakultur yang bertanggungjawab. 9.4.3 Negara-negara harus menggalakkan usaha bagi membaiki pemilihan dan penggunaan makanan, aditif makanan dan baja, termasuk najis yang sesuai. 9.4.4 Negara-negara harus menggalakkan amalan pengurusan ladang dan kesihatan ikan yang berkesan yang mengutamakan langkah-langkah kebersihan dan penggunaan vaksin. Penggunaan terapeutan, hormon dan ubat-ubatan, antibiotik dan lain-lain bahan kimia yang mengawal penyakit secara selamat berkesan dan minimum hendaklah dipastikan. 9.4.5 Negara-negara harus mengawal penggunaan input bahan kimia dalam akuakultur yang merbahaya kepada kesihatan manusia dan persekitaran. |
| 9.4.6 States should require that the disposal of wastes
such as offal, sludge, dead or diseased fish, excess
veterinary drugs and other hazardous chemical inputs
does not constitute a hazard to human health and the
environment.
9.4.7 States should ensure the food safety of aquaculture products and promote efforts which maintain product quality and improve their value through particular care before and during harvesting and on-site processing and in storage and transport of the products. |
9.4.6 Negara-negara harus memastikan pembuangan
sisa seperti isiperut, lumpur (sludge), ikan mati atau
berpenyakit, lebihan ubatan veterinar dan lain lain
bahan kimia berbahaya tidak memudaratkan kesihatan
manusia dan persekitaran.
9.4.7 Negara-negara harus memastikan keselamatan makanan dari produk akuakultur dan menggalakan usaha bagi mengekalkan kualiti produk dan meningkatkan nilainya melalui pengendalian khusus sebelum dan semasa penuaian dan pemprosesan di tapak dan semasa penyimpanan dan pengangkutan produk |