Penyu Penyu

Penyu

 

KITARAN HIDUP & SIFAT BIOLOGI

Penyu pada amnya mempunyai satu kitaran hayat yang sama. Penyu betina akan mengawan dengan penyu jantan di laut sebelum naik bertelur ke pantai. Penyu betina akan mendarat di pantai pada waktu malam untuk bertelur. Tempoh masa bertelur adalah berbeza mengikut jenis penyu, kebiasaanya adalah 1 – 3 jam. Selepas musim bertelur, penyu itu akan berhijrah ke kawasan makan asalnya yang jauh. Seekor penyu betina boleh bertelur di antara 4 - 6 kali di sepanjang musim bertelur. Biasanya selang masa di antara satu masa peneluran dengan yang lain ialah 8 – 15 hari bergantung kepada jenis penyu. Kemudian selepas 2- 8 tahun, penyu-penyu tadi akan berhijrah semula untuk bertelur di pantai yang sama tempat ia bertelur. Kebanyakan penyu betina tidak bertelur dua tahun berturut-turut. Telur yang dihasil akan ditinggalkan dan tidak dijaga. Tempoh pengeraman dan jantina anak-anak penyu adalah dipengaruhi oleh suhu pasir di mana suhu yang panas ( 30°C ke atas ) akan menghasilkan anak penyu betina dan suhu sejuk ( 26 – 278°C ) menghasilkan anak penyu jantan.Telur penyu akan menetas dalam tempoh 2 bulan dan bergantung kepada jenis penyu dan suhu pengeraman.Anak-anak penyu yang menetas akan keluar dari sarang pada waktu malam dan terus menuju ke laut mengikut cahaya bulan. Pada peringkat ini anak-anak penyu dikatakan mengalami proses " imprinting " yang membolehkan anak penyu tersebut kembali semula ke pantai tempat kelahirannya apabila dewasa kelak. Ada ahli Saintis meramalkan sebanyak 1,000 hingga 10,000 telur diperlukan untuk mendapatkan seekor penyu betina atau seekor penyu jantan dewasa yang berjaya mencapai ke peringkat dewasa dalam masa 20 hingga 50 tahun.

Pages: 1  2  3  4  5  6