Program Azam Tani Program Azam Tani

 

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) pada tahun 2010 yang merupakan salah satu inisiatif Kerajaan di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilantik sebagai champion bagi Program AZAM Tani dan kesemua Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian menjadi agensi pelaksana bagi program ini. Pelaksanaan program adalah meliputi pemberian input projek pertanian berbentuk geran, latihan dan khidmat nasihat untuk peserta kategori miskin dan miskin tegar dari senarai Sistem eKasih.

Pada tahun 2010 hingga 2011, Jabatan Perikanan Malaysia telah berjaya membantu seramai 700 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Negeri Sembilan dan Melaka iaitu 500 KIR untuk Negeri Sembilan dan 200 KIR bagi Melaka. Pelbagai projek pertanian termasuk perikanan adalah menjadi pilihan peserta ini dan di antaranya ialah bantuan bot dan enjin, projek ternakan ikan air tawar, ternakan ayam, jualan produk Industri Asas Tani melalui kiosk dan motorsikal roda tiga serta lain-lain projek pertanian yang mudah dan cepat mendatangkan hasil.

Sebanyak 400 penyertaan KIR baru disasarkan pada tahun 2012 bagi Jabatan Perikanan dan pecahan agihan mengikut daerah adalah seperti berikut:

Hasil kerjasama yang erat di antara Jabatan Perikanan Malaysia bersama Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan Unit Penyelarasan Projek (ICU) di Jabatan Perdana Menteri serta semua agensi Kerajaan di peringkat daerah dan negeri telah menghasilkan beberapa kisah kejayaan bagi peserta tahun 2010 dan 2011. Sokongan dan bantuan yang diberikan oleh wakil-wakil rakyat, pemimpin tempatan, Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) dan Exco-Exco Pertanian negeri turut menyumbang kepada kejayaan program di bawah inisiatif Program Transformasi Kerajaan ini.