SATE IKAN

»
Pengenalan
 

Sate ikan merupakan sejenis makanan ringan yang diproses daripada ikan yang mengandungi kandungan kadar protein yang tinggi serta enak dimakan.

Jenis-jenis ikan yang sesuai untuk diproses sebagai sate ikan adalah jenis-jenis ikan yang kurang kandungan lemak seperti ikan biji nangka, kerisi, gelama dan anak ikan merah.

»
 
Carta Alir

»
Bahan-bahan Pemprosesan Sate Ikan
 
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Ikan
100
100
2
Halia
1.6
1.6
3
Lada putih
0.85
0.85
4
Gula
8
8
5
Cili Boh
3
3
6
Kicap Cair
3
3
7
Cuka
1
1
8
Garam
0.75
0.75
9
MSG
0.75
0.75
10
Air
25
25

»

Cara-cara Pemprosesan Sate Ikan
 

a) Penyediaan Kuah

Halia dibuang kulit, dicuci dan dipotong halus sebelum dihancurkan. Halia dan lada putih yang telah dihancurkan dicampur dengan ramuan lain seperti, gula, cili boh, kicap cair, cuka, garam, serbuk perasa dan air.

Masak bahan campuran sehingga mendidih dan ditapis terlebih dahulu sebelum digunakan.

b) Penyediaan Ikan

Ikan disiang dengan membuang kepala, ekor dan sisik. Ikan kemudian dibelah dari bahagian bawah dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu.' Bersihkan dari kotoran darah dan lemak.

Ikan yang telah siap dibersihkan, dijemur di bawah cahaya matahari sehingga kering (1 hingga 3 hari).

Ikan yang telah kering dinipiskan dengan menggunakan mesin penggelek. Ikan dicelup ke dalam kuah 5 hingga 10 minit, kemudian dibakar dalam ketuhar pada suhu 130 0 C hingga 140 0 C sehingga ranggup.

Sate ikan dibungkus dalam plastik sebelum disimpan atau terus dijual.