a) Membancuh Adunan Bahan-bahan campuran yang di gunakan untuk memproses keropok iaitu tepung kanji atau tepung sagu, garam, gula, bahan perasa (MSG) dan air ais di adun dengan menggunakan mesin penggaul ( mixer) sehingga sebati. Adunan yang telah sebati dapat di ketahui apabila ianya tidak melekat pada bekas penggaul serta boleh membentuk doh. b) Membentuk Adunan yang telah di bentuk ketulan berbentuk silinder. Ketulan dibentuk mengikut saiz yang yang dikehendaki. Pada lazimnya, keropok keping di bentuk di antara 30 cm-50 cm. Panjang, bergaris pusat diantara 6 cm.-10 cm., serta mempunyai berat 500 gm.- 1 kg. Manakala ketulan untuk keropok lekor lebih kecil iaitu di antara 100 gm -500 gm. c) Memasak Keropok lekor boleh dimasak samaada dengan cara kukus, rebus atau terus digoreng.manakala keropok keping hanya direbus atau dikukus sahaja. Keropok yang dikukus mempunyai kualiti yang baik jika dibandingkan dengan keropok yang direbus, tetapi ianya mengambil masa yang agak lama. Keropok yang di kukus mengambil masa 1 hingga 1.1/2 jam untuk masak bergantung kepada saiz manakala merebus hanya mengambil masa di antara 20 hingga 30 minit sahaja. Keropok yang telah di rebus akan timbul serta naik kepermukaan air apabila ianya masak. d) Memotong Keropok yang telah siap dimasak, disejat dan disimpan dalam keadaan sejuk dingin atau pada suhu bilik semalaman sebelum ianya dipotong nipis membentuk kepingan.Keropok boleh di potong dengan menggunakan pisau ataupun dengan mesin memotong keropok. e) Menjemur Keropok yang telah dipotong nipis di susun di atas pemidai dan di jemur kepada cahaya matahari. Di dalam keadaan cuaca baik keropok boleh menjadi kering dalam masa 6 hingga 7 jam. f) Membungkus Keropok yang telah kering di angkat , di simpan atau terus ditimbang dan dibungkus dalam bekas plastik.Plastik ini di pateri dengan menggunakan api lilin , pelita atau dengan menggunakan mesin pateri ( Tew Impulse Sealer ) Pembungkusan adalah faktor penting dalam mengawal kualiti produk.Pembungkusan yang tidak baik akan mengakibatkan pendedahan kepada kesan-kesan persekitaran saperti gas oksigen, wap air, kotoran, mikro, dan cahaya yang berlebihan. Ini akan menyebabkan hasilan menjadi lemau, berkulat, tengik, busuk dan hilang khasiat pemakanannya.Pembungkusan yang menarik juga akan menjadi daya tarikan kepada pengguna. g) Penyimpanan / Penstokan Keropok yang telah dibungkus dengan berat 100 gm,200 gm dan 500 gm adalah perlu di susun dengan rapi supaya tidak di kenakan tekanan bebanan yang berat yang mana akan mengakibatkan kerosakan kepada keropok saperti patah, pecah dan sebagainya. |