KAWATEMPURA


»
Pengenalan
 

Kawatempura merupakan sejenis makanan yang diperbuat berasaskan isi ikan hancur. Hasilan ini berasal dan popular di kalangan masyarakat Jepun.

Pada kebiasaannya kawatempura berbentuk bulat bergaris pusat di antara 7 hingga 10 sentimeter (sm) dengan ketebalan di antara 1 hingga 1.5 sm.

Cara memproses kawatempura sangat ringkas dan mudah dilakukan. Ia boleh dibuat secara kecil-kecilan secara manual maupun besar-besaran dengan penggunaan peralatan yang minimum. Hasilan ini biasanya digoreng selepas dibentuk.

»
Carta Alir
»
Bahan-bahan Pemprosesan Kawatempura
 
Bil
Bahan-bahan
Peratus
Contoh
1
Isi Ikan
100
10 Kg
2
Tepung gandum / jagung
5 - 8
500 hingga 800 gram
3
Garam
1.3
130 gram
4
MSG
0.3
30 gram
5
Gula
0.3
30 gram
6
Serbuk lada putih
0.3
30 gram
  Lobak merah
15 hingga 20
1.5 hingga 2 kg.
  Polyposhate (PP)
0.2
20 gram
  Daun Bawang
5 hingga 10
0.5 hingga 1 kg
  Air Ais
25
2.5 kg. = 2.5 liter
»
Cara-cara Pemprosesan Kawatempura
 

Mengadun

Mula-mula isi ikan digaul dengan garam sehingga sebati (likat) kemudian masukkan perisa, gula, serbuk lada putih, tepung, polifosfat dan akhir sekali lobak merah. Semasa proses mengadun, air ais dan daun bawang dimasukkan sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi lembut.

Membentuk

Kawatempura boleh dibentuk samada oval atau bulat mengikut citarasa masing-masing dengan penggunaan mesin atau secara manual.

Memasak

Kawatempura dimasak dengan cara digoreng sehingga kekuningan dalam minyak panas yang banyak.