IKAN KERING

»
Pengenalan
 

Memproses ikan kering adalah satu cara pengawetan ikan secara tradisional sejak dahulu lagi, tetapi ianya tidak diusahakan secara komersial.

Ikan kering hanya diproses dari ikan-ikan lebihan untuk jualan atau ikan berkualiti rendah. Antara jenis ikan yang sering digunakan ialah ikan gelama, cencaru, duri, timah dan pari.

»
 
Carta Alir

»
Bahan-bahan Pemprosesan Ikan Kering
 
Bil
Bahan-bahan
Peratus
1
Ikan
100
2
Garam Kasar
10 - 30

»

Cara-cara Pemprosesan Ikan Kering
 

a) Menyiang Ikan

Ikan dibuang sisik, perut dan dibelah dari bahagian atas dan dibuka berbentuk 'kupu-kupu'. Ikan yang telah siap disiang dibersihkan dari kotoran darah dan lemak.

b) Proses Pemerapan

Ikan disusun di dalam bekas dan ditabur garam kasar berselang seli dan berlapis-lapis serta dibiarkan semalam.

c) Mencuci

Ikan yang telah diperap air garam dibersihkan terlebih dahulu sebelum dijemur.

d) Mengering

Ikan disusun di atas pemidai di bawah cahaya matahari seharian untuk dikeringkan.

e) Penyimpanan dan Pembungkusan

Ikan kering dimasukkan ke dalam kotak dan disimpan di tempat yang selamat pada suhu bilik.