Permit Mengimport Ikan Hidup

 

Bermula 1 Sept 2006, permohonan permit harus dibuat secara elektronik iaitu melalui sistem e-permit. Melalui sistem e-permit, pengeksport, pengimport dan agen penghantar boleh mendapt kelulusan permit melalui internet . Maklumat permit yang telah lulus turut dihantar ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) secara elektronik. Sistem ini menyatakan keperluan Jabatan Perikanan yang mesti dipenuhi seperti maklumat konsaimen, kuota dan data produk  

Permohonan Untuk Permit Mengimport Ikan Hidup

Berikut Merupakan keperluan untuk memohon Permit Import Ikan Hidup

1. Borang Permohonan FQ1
2. Dua (2) salinan inbois
3. Salinan Sijil Kesihatan Negara asal (Negara Pengeksport)
4. Menyertakan :
  'Airway Bill' (AWB) bagi kemasukan melalui udara
'Bill of Landing' (BIL) bagi kemasukan melalui laut
'Invoice' bagi kemasukan melalui darat

[ Aliran Proses Permohonan Permit Import Ikan Hidup ] » [ PDF Format ]

Keperluan Bagi Borang FQ1 adalah :

1. Nama dan alamat pemohon
2. Agen Penghantar dan Syarikat mengeksport
3. Tarikh eksport, destinasi dan jenis komoditi
4. Menandakan dalam ruangan yang disediakan samada memerlukan Sijil Kesihatan atau Sijil Tempasal

 

Keperluan Dalam Inbois adalah :

1. Nombor dan Tarikh inbois
2. Alamat penuh pengimport/ pengeksport/ pengangkut
3. Nama saintifik dan nama biasa ikan
4. Kuantiti
5. Nilai dalam Ringgit Malaysia (RM)
6. Inbois ikan hiasan dan Kap Jepun (Koi) mesti diasingkan