Definisi Logo

                                                              Logo Jabatan Perikanan Malaysia

Jabatan Perikanan Malaysia telah dilancarkan oleh Y.B. Datuk Seri Sanusi Junid, Menteri Pertanian Malaysia pada 14 November 1994.


Tema :

Industri Perikanan Maju, Wawasan Dituju

Konsep

Ikan berbentuk aerodinamik yang bergerak pantas di pentas perairan
Logo ini bertemakan "Industri Perikanan Maju, Wawasan Dituju". Ia melambangkan pembangunan seimbang sektor perikanan melalui usaha gigih Jabatan untuk membawa perubahan, pembangunan dan pengurusan sumber perikanan secara rasional.

Maksud Simbol Dan Warna

Simbol Ikan :

Ikan berbentuk aerodinamik yang bergerak pantas di pentas perairan melambangkan kegigihan dan kepantasan bekerja yang sentiasa menuju kecemerlangan oleh anggota Jabatan dan Pengusaha Industri Perikanan untuk mencapai matlamat wawasan.

Warna Merah :

Melambangkan pelbagai aspek kekuatan fizikal bagi membawa perubahan dan pembangunan sektor perikanan.

Warna Putih :

Melambangkan pelbagai kekuatan nilai murni yang diamalkan bagi menjamin pembangunan sektor perikanan yang berterusan.

Warna Biru :

Mencerminkan perairan perikanan di Malaysia dan antarabangsa yang kaya dengan sumber perikanan.