Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Senario Industri Perikanan Malaysia

PRESTASI DAN PENCAPAIAN SEKTOR PERIKANAN

 PENGENALAN

Walaupun Malaysia telah mencapai lebihan dalam tahap sara diri bekalan ikan makanan sejak tahun 2010, namun pengguna di negara ini terus menghadapi isu kenaikan harga ikan. Ini menunjukkan cabaran yang dihadapi bukan sahaja bagi memastikan kecukupan bekalan, tetapi juga jaminan kemampuan rakyat memperolehi ikan sebagai sumber protin dalam makanan. Jaminan bekalan ikan makanan akan terus menjadi cabaran yang besar di masa depan akibat kesan daripada perubahan iklim, faktor pengeluaran yang terhad, kenaikan harga input, persaingan bahan makanan untuk pengeluaran bio-tenaga dan liberalisasi perdagangan. Permintaan ikan makanan akan terus meningkat akibat daripada pertambahan penduduk dan pendapatan serta perubahan citarasa pengguna. Kesinambungan bekalan ikan yang mencukupi bergantung kepada daya maju perusahaan ini untuk menjamin pendapatan kepada nelayan dan penternak ikan.

    

Pengeluaran ikan marin daripada perairan Malaysia adalah sebanyak 1,482,899 t.m yang memberi nilai sebanyak RM8.336 Bilion pada tahun 2013. Manakala pada tahun 2014 pengeluaran telah menurun sebanyak 1.67% kepada 1,458,128 t.m, dengan nilai sejumlah RM 8.785 Bilion. Memandangkan ikan merupakan sumber protein penting kepada penduduk tempatan, adalah perlu agar diurus secara mapan. Adalah penting agar peruntukan yang mencukupi dan berterusan diperlukan bagi mengurus sumber perikanan negara agar ianya kekal menyumbang pada tahap tertinggi secara mapan. Permintaan ikan negara dijangka akan semakin bertambah selari dengan pertambahan penduduk. Permintaan sepatutnya diimbangi dengan bekalan yang mencukupi.

 

Eksploitasi berlebihan menyebabkan penurunan pengeluaran. Biomass sumber perairan pantai di Malaysia pada masa ini telah menurun dengan ketara sejak bermulanya penggunaan pukat tunda pada tahun 1960an; biomass di beberapa kawasan sekarang ini telah menurun melebihi 80%. Menurut analisis yang telah dijalankan menunjukkan kepadatan ikan telah merosot dari 24,000 hingga 53,000 kg atau 24 hingga 53 t.m setiap km2 bagi setiap Zon pada tahun 1970 kepada sekitar 3 hingga 14 t.m setiap km2 berdasarkan survei terakhir 1997. Bagi mengelak senario di atas dari terus berlaku, pihak Kerajaan perlu terus menyokong dan memberi keutamaan kepada pengurusan sumber perikanan tangkapan marin   negara kerana hampir 80% dari pengeluaran ikan negara datang dari perikanan tangkapan.

 

 Kerajaan telah mengenal pasti akuakultur sebagai salah satu sumber utama untuk meningkatkan pengeluaran ikan bagi memenuhi permintaan domestik dan memperkembang potensi eksport. Pada tahun 2014 perusahaan akuakultur di negara ini telah menghasilkan pengeluaran berjumlah kira-kira 520,514 tan metrik dengan nilai kira-kira RM3.47 bilion. Pengeluaran tersebut telah menyumbang 26% kepada jumlah pengeluaran ikan negara. Pembangunan akuakultur negara telah menunjukkan perkembangan pesat dengan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 8% setahun dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kerajaan terus memberi tumpuan untuk menggalak pembangunan akuakultur negara melalui program pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke Sepuluh dan tersenarai di kalangan Projek Utama di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Area - NKEA) Sektor Pertanian sehingga tahun 2020.

 

Malaysia mampu mengoptimum pembangunan akuakultur berdasar potensi sumber kawasan, kesesuian iklim dan kedapatan teknologi pengeluaran dalam memenuhi peningkatan permintaan di pasaran domestik dan global. Berdasar kepada potensi tersebut Yang Berhormat Menteri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, semasa Majlis Taklimat pada 3 Jun 2013, telah mengarahkan Jabatan Perikanan menyediakan Pelan Tindakan bagi menggalakkan pembangunan akuakultur sehingga mampu menyumbang 50 peratus daripada jumlah pengeluaran ikan negara menjelang tahun 2020. Sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik telah dijadikan salah satu inisiatif utama di bawah Program Transformasi Agromakanan bagi memastikan sub-sektor perikanan terus menyumbang kepada kecukupan bekalan makanan negara, meningkatkan pendapatan pengusaha dan menjadikan bidang agromakanan sebagai perniagaan yang berdaya saing dan mampan.

 

Sasaran pengeluaran akuakultur di bawah Dasar Agromakanan Nasional (DAN) adalah sebanyak 794,000 tan metrik pada akhir tahun 2020. Prestasi pengeluaran akuakultur negara sejak satu dekad telah meningkat pada kadar 8% setahun. Pertumbuhan pengeluaran tahunan perlu ditingkatkan pada kadar 12.8% untuk mencapai sasaran asal DAN. Bagaimanapun kadar pertumbuhan tersebut perlu meningkat melebihi 20% untuk mencapai sasaran baru sebanyak 1.443 juta tan metrik. 

              

PENCAPAIAN PENGELUARAN PERIKANAN

 

Berikut adalah pencapaian dan sasaran pengeluaran perikanan melibatkan Akuakultur dan Perikanan Tangkapan di sepanjang satu dekad (2011 hingga 2020)

        Sumber  : 2011-2014 Perangkaan Tahunan Jabatan Perikanan

                        : 2015-2020 Dasar Agro Makanan Negara 2010-2020

 

Graf di bawah merupakan Prestasi Perikanan Ikan Makanan bagi tempoh tahun 2014 :

 

Pada tahun 2014 pembekalan ikan makan negara adalah sebanyak 1,988,533 tan metrik (termasuk ikan baja), ianya menurun sebanyak 1.5% berbanding 2013.

i.          Laut Pantai meningkat 2.2% dari 1,156,719 t.m kepada 1,182,08t.m

ii.         Laut Dalam merosot 19.2% dari 326,180 t.m kepada 263,506t.m

iii.        Air Tawar merosot 19.8%, dari 132,892 t.m kepada 106,587  t.m

iv.         Air Payau meningkat 24.0%, dari 127,881 t.m kepada 158,604 t.m

v.          Perikanan Darat meningkat 15.6%, dari 5,640 t.m kepada 6,520 t.m

vi.         Rumpai Laut meningkat 0.7%, dari 269,431 t.m kepada 271,250 t.m

 

Sumber laut pantai telah mencapai tahap maksimun sekitar 1.1 juta t.m manakala laut dalam dan akuakultur mempunyai ruang yang positif untuk dikembangkan.

 

Industri dan juga produk bernilai tinggi dijangka dapat meningkatkan pendapatan negara dan golongan sasar. Pengeluaran perikanan bukan makanan seperti rumpai laut, ikan hiasan dan tumbuhan akuatik telah dikenalpasti sebagai produk bernilai tinggi yang dapat meningkatkan pendapatan negara dan golongan sasar.

 

 

Graf di atas menunjukkan pengeluaran Rumpai Laut adalah positif sehingga tahun 2012 tetapi menurun pada tahun 2013 sebanyak 18.7%, dengan nilai yang meningkat sebanyak 35.5%. Pengeluaran Ikan Hiasan turut menurun disebabkan kejatuhan harga arowana. Manakala bagi Tumbuhan Akuatik, kuantitinya meningkat 108.6%, dan nilai meningkat 106.3%.

 

Secara keseluruhan, Nilai Sektor Perikanan menyumbang sebanyak 1.1% kepada KDNK negara (Pertanian menyumbang 7.3%). Sektor Perikanan berada di kedudukan ketiga di belakang kelapa sawit (2.7%) dan pertanian lain (1.3%)

 

Merujuk kepada Graf di bawah, nilai keseluruhan komoditi Perikanan pada tahun 2014 adalah sebanyak RM12,402,915,015.Ianya menunjukan peningkatan sebanyak 8.17% berbanding 2013. Perikanan Makanan (kawasan geraf yg berwarna biru) merangkumi Laut Pantai, Laut Dalam, Akuakultur Air Tawar, Air Payau dan Perikanan Darat dengan nilai RM11,973.3 juta menyumbang hampir 97% kepada nilai perikanan dengan peningkatan nilai sebanyak 8% berbanding tahun 2013. Manakala Perikanan Bukan Makanan (Kawasan geraf bewarna hijau) yang merangkumi Rumpai Laut, Ikan Hiasan dan Tumbuhan Akuatik yg bernilai RM429.6 juta mengalami peningkatan sebanyak 13.5% berbanding tahun 2013.

 

 

Manakala berkaitan pencapaian bilangan vesel menangkap ikan berlesen didapati jumlah ini meningkat dari 54,235 buah pada tahun 2012 kepada 57,095 buah pada tahun 2013. Sebanyak 23,621 buah atau 41% beroperasi di Pantai Barat Semenanjung. Sebanyak 9,855 buah (18%) di Pantai Timur Semenanjung dan 23,619 buah (41%) di Malaysia Timur. Didapati bahawa 85.9 % dari keseluruhan vessel beroperasi di Zon A.

 

Sejumlah 74.6% daripada keseluruhan nelayan (107,509 orang) adalah Nelayan Tempatan dengan 76% adalah Bumiputera. Nelayan Asing ramai di Negeri Sabah (6,311-lain-lain asing), Kelantan (5,281-Thailand), Perak (5,271-Thailand)

 

Ringkasan maklumat yang dinayatakan di bawah Pengezonan Perairan Perikanan adalah seperti gambarajah di bawah :

 

Perdagangan ikan dan produk ikan Malaysia telah berkembang pesat dengan kadar purata 5% setahun. Eksport meningkat dengan kadar purata 3% setahun, manakala import meningkat 8% setahun. Defisit imbangan dagangan terus meningkat di sepanjang RMK10 dan mencapai nilai RM928.2 juta pada tahun 2014. Nilai perdagangan komoditi perikanan adalah seperti di bawah :

 

 

Bagi Pelaksanaan Program NKEA Akuakultur pula, beberapa penetapan indikator KPI digunapakai sebagai petunjuk prestasi bagi memantau kemajuan Program NKEA ini dan antara indikator yang ditetapkan adalah Bajet, Gross Income National (GNI) dan Peluang Pekerajaan. Status pencapaian Program NKEA Akuakultur adalah seperti berikut :

 

 


Kemaskini pada 2016-08-17 14:41:18 daripada Bahagian Perancangan dan Pembangunan

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 29043 Tarikh Kemaskini : 23-07-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.