Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Penyelidikan Makanan Ikan

Penyelidikan Makanan Ikan

Fokus utama penyelidikan pemakanan ikan di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) ialah untuk membangunkan makanan ikan yang murah dan berkesan untuk spesies akuakultur laut dan air tawar seperti udang harimau, udang putih, udang galah, ikan tilapia, keli, patin, kerapu serta siakap. Sejak bermula aktiviti akuakultur sekitar 1970-an, penternakan benih ikan liar dalam kurungan di tepi sungai bermula dengan pemberian nasi, roti, telur dan sebagainya sebagai makanan. Kepesatan teknologi pembuatan makanan pelet udang dan tilapia secara global seawal 1980-antelah memudahkan penternak tempatan menggunakan makanan pelet berformula untuk kedua-dua spesies tersebut.Namun, sehingga lewat 1990-an, kebanyakan penternak ikan laut masih bergantung kepada ikan baja (hasil sampingan pukat tunda) untuk memberi makan ikan terutama Siakap dan Kerapu dari peringkat asuhan sehingga ternakan. Pada tahun 1999, melalui kerjasama di antara Kerajaan Negeri Johor, Queensland Department of Primary Industry (QDPI), Australia dan FRI Gelang Patah, telah berjaya meningkatkan teknologi pemakanan ikan peringkat asuhan dengan menggunakan makanan pelet berformula untuk ikan siakap. Sehingga kini, penternak ikan laut telah menggunakan makanan pelet berformula secara total dari peringkat asuhan hingga ternakan terutamanya Siakap. Namun disebabkan faktor harga, masih terdapat penternak yang memberi ramuan mentah tanpa proses seperti ikan baja, perut ayam dan bangkai haiwan ternakan sebagai makananuntuk spesies kerapu, keli dan patin.

          Sejajar kearah pemodenan amalan ternakan dan peningkatan produktiviti hasil. Penggunaan makanan pelet dapat mempercepatkan kadar tumbesaran ikan, higenik dan mudah dikendalikan atau disimpan. Malah, Jabatan Perikanan melalui Skim Amalan Akuakultur Baik (SAAB) dan Skim Persijilan Ladang Akuakultur Malaysia (SPLAM) dan yang terkini Malaysian Good Aquaculture Practice(MyGAP) telah menggariskan salah satu syarat kelayakan penerimaan sijil akreditasi tersebut ke atas sesebuah ladang akuakultur adalah dengan mewajibkan penggunaan makanan berformula. Pada masa kini, terdapat peraturan di bawah Akta Makanan Haiwan 2009 yang perlu dipatuhi dan diamalkan oleh kesemua ladang ternakan ikan dan udang di Malaysia terutama dalam mengisytiharkan bahan ramuan yang diguna.

          Pada umumnya, makanan ikan menyumbang dari 60 hingga 70% kepada kos operasi bagi sesuatu spesis ikan yang diternak. Secara tidak langsung, margin keuntungan amat bergantung kepada kos makanan ternakan selain daripada keberkesanan nisbah penukaran makanan tersebut oleh ikan yang diternak. Oleh itu, kekangan utama kepada penggunaan makanan berformula kepada para penternak kecil dan serdahana adalah harga yang mahal dan semakin meningkat. Secara umumnya, terdapat dua kategori makanan ikan iaitu makanan yang mengandungi protein kasar sebanyak 30% (CP30%) untuk spesies ikan air tawar (omnivor) dan yang mengandungi protein kasar sebanyak 40% (CP40%) untuk spesies ikan laut (karnivor). Pada masa ini, harga pasaran yang ditawarkan membebankan penternak, iaitu sekitar RM4.00/kg (CP30%) dan sekitar RM6.50/kg (CP40%). Berdasarkan unjuran, harga makanan ikan CP30% dan CP40% masing-masing dijangka meningkat sehingga RM5.20/kg dan RM8.55/kgpada tahun 2020.

          Berkaitan isu peningkatan harga makanan ikan ini, salah satu faktor utamanya adalah disebabkan bahan mentah import yang mahal, khususnya tepung ikan atau ‘fishmeal’ dan bahan-bahan mentah import lain seperti tepung soya, jagung dan sebagainya. Selain itu, faktor kos operasi pengeluaran secara komersial yang tinggi serta melibatkan kos mesin dan tanggungan (overhead) yang tinggi juga telah menyebabkan berlakunya tekanan terhadap harga pengeluarannya. Melihatkan masalah ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DoF), melalui FRI telah mengenalpasti dan menjalani penyelidikan berkaitan penggunaan bahan alternatif bagi menggantikan sumber protein utama yang mahal seperti tepung ikan di dalam formulasi makanan ikan sejak 90-an dan berterusan hingga kini. Melalui hasil kajian yang telah dijalankan, para penyelidik pemakanan ikan FRI telah memperkenalkan produk sumber protein alternatif seperti Tepung Usus Ayam (CIM) dan Cecair Protein dari fermenstasi sisa kepala udang. Selain itu, beberapa bahan alternatif lain yang sedang dalam kajian adalah seperti Tepung Sisa Ayam, Tepung Serangga danTepung Sisa produk laut seperti kepala ikan bilis.

          Produk Tepung Usus Ayam (CIM) telah diperkenalkan pada tahun 2010, melalui hasil kajian yang telah dijalankan di FRI Glami Lemi selama dua tahun. Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati CIM mempunyai kandungan protein yang tinggi iaitu sehingga 74%, selain beberapa kandungan asid amino yang hampir standing dengan tepung ikan. Melalui kajian yang telah dijalankan ke atas ikan air tawar seperti ikan Keli telah menunjukkan ia amat sesuai menggantikan tepung ikan secara keseluruhannya tanpa menjejaskan kadar tumbesaran ikan.

 

          Manakala, bagi produk Cecair Protein dari fermentasi sisa kepala udang atau ‘Shrimp Head Protein Liqueur’ pula telah dibangunkan oleh penyelidik dari FRI Pulau Sayak dengan kerjasama pihak UTM, Skudai. Produk yang pernah memenangi anugerah pingat perak di dalam Pameran Seoul International Invention Fair di Korea Selatan dan Pameran Inatex UTM, Skudai, Johor ini berupaya menggantikan sehingga 30% sumber protein dari tepung ikan bagi ikan Siakap.Hasil kajian ini mendapati kos pengeluaran makanan ikan marin seperti Siakap dapat dikurangkan sehingga 42% dari kos makanan ikan menggunakan tepung ikan sepenuhnya sebagai sumber protein utama.Kajian lain yang telah dijalankan seperti penggunaan Tepung Sisa Ayam di dalam formulasi makanan ikan Aruan Tasek di FRI Batu Maung, Tepung Cengkerik untuk ikan Tilapia yang dijalankan di FRI Glami Lemi.

          Penyelidikan dan pembangunan makanan ikan juga difokuskan kepada peringkat induk. Berdasarkan pelan di bawah Dasar Pengeluaran Akuakultur 50:50, sasaran pengeluaran sebanyak 667,900 MTmenjelang 2020 telah dirancang. Bagi mencapai matlamat tersebut, dijangkakan keperluan benih ikan/udang pada tahun 2020 adalah sebanyak 13.6 billion ekor dengan kadar pengeluaran tahunan adalah sebanyak 11.2%.

          Bagi menyokong sasaran pengeluaran benih tersebut, salah satu faktor yang perlu diambil kira ialah pengurusan induk ikan/udang yang bebas penyakit, termasuk aspek pemakanan dan nutrisi bagi induk ikan/udang. Pada masa ini, bagi ikan marin dan udang, kebergantungan kepada makanan segar seperti ikan dan sotong segar sebagai makanan induk boleh mengundang risiko kekurangan zat yang diperlukan kerana kualiti yang berubah-ubah mengikut musim dan cara pengendalian. Di samping itu, terdapat juga risiko kontaminasi dan jangkitan patogen seperti bakteria (Vibrio) dan virus seperti White Spot Syndrome Virus (WSSV), Infectious Hypodermal and Hematopoietic Necrosis Virus (IHHNV) dan Early Mortality Syndrome (EMS) yang mengancam industri akuakultur udang laut, penyakit udang galah seperti Nodavirus (MrNV) dan yang terbaru Enterocytozoon hepatopenaei (EHP). Selain itu, terdapat juga penyakit ikan laut seperti Viral Nervous Necrosis (VNN) di rantau ini. Pergantungan kepada makanan import, makanan hidup dan makanan segar sangat membebankan dan pengusaha hatceri udang terdedah kepada risiko induk udang dijangkiti penyakit melalui makanan.

          Di sektor akuakultur air tawar pula, sehingga kini tiada makanan khas bagi induk ikan air tawar yang boleh didapati di pasaran. Oleh itu, amalan pengurusan induk ikan air tawar tempatan hanya bergantung kepada makanan peringkat ternakan tidak dapat memenuhi keperluan zat pemakanan induk ikan secara optimum untuk perkembangan gonad dan benih yang berkualiti. Oleh sebab itulah, pengeluaran telur atau benih ikan/udang di Malaysia sedang terjejas dari segi kuantiti, kualiti dan juga konsistensinya bagi keperluan industri akuakultur.

          Menurut pelbagai kajian, diet kematangan yang dirumus mengandungi sumber asid lemak Docosahexaenoic acid (DHA), Eicosapentaenoic acid (EPA) dan Arachidonic acid (ARA) seperti minyak hati ikan kod dan minyak sotong memberi kesan positif kepada pematangan induk untuk menghasilkan benih yang berkualiti. Oleh yang demikian, FRI telah mengenalpasti bahan tempatan yang berpotensi seperti cacing poliket yang mengandungi ARA yang tinggi. Kebiasaannya poliket diberi secara mentah untuk meningkatkan kematangan induk udang laut. Namun kesan penggunaan poliket sebagai makanan induk ikan laut belum diterokai. Di samping itu, penggunaan hormon estradiol terhadap kematangan induk betina turut dikenalpasti dapat memberi kesan kepada peningkatan kualiti kematangan induk betina dan telur.

          Seterusnya hati lembu juga mengandungi ARA yang tinggi. Hati lembu mentah ada digunakan untuk tujuan pembenihan ikan oleh pembiak ikan hiasan seperti Discus. Namun aplikasi hati lembu secara terus dalam keadaan mentah tanpa dijadikan makanan berformulasi adalah tidak praktikal selain mencemarkan air di dalam sistem ternakan. Tambahan pula, ia tidak dapat disimpan lama. Walaupun mahal, namun sumber ARA tulen yang berada di pasaran adalah jauh lebih mahal malah diekstrak dari khinzir.

          Selain itu, bagi tujuan kematangan ikan jantan, penggunaan bahan aditif CoQ10 turut dikaji bagi meningkatkan kualiti spermatozoa. CoQ10 merupakan sejenis bahan anti-oksidan yang pernah diuji kepada manusia dan menunjukkan peningatan kualiti sperma. CoQ10 juga dikenalpasti dapat membekalkan tenaga ATP terhadap mitokondria.

          Di samping penggunaan bahan-bahan ramuan tersebut, FRI juga perlu menjalankan kajian keberkesanan penggunaan bahan perekat khasnya dalam penghasilan pelet udang. Ini adalah kerana, induk udang mengambil masa yang lama untuk memakan pelet berbanding ikan.Justeru, kesemua kajian yang disebutkan adalah penting di dalam usaha menangani isu-isu yang berbangkit mengenai aspek pengeluaran benih yang berkualiti secara konsisten dan juga kesihatan induk ikan/udang. Aspek latihan pemindahan teknologi dan pengkomersilan hasil kajian turut dijalankan. 

Laporan Pencapaian Projek Makanan Induk Ikan Udang FRI RMK-10


Kemaskini pada 2016-10-24 08:53:44 daripada Iszni

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 29046 Tarikh Kemaskini : 23-07-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.