Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Sijil kemahiran Analisis

Kod Kursus APBU02
Kursus Pembenihan dan Pengurusan Hatceri Udang Galah
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta meliputi pengenalan kepada sejarah perkembangan industri, status industri di Malaysia, pengenalan kepada COP ( Code of Practice ), dasar-dasar Jabatan Perikanan, teknik pembiakan secara tertutup dan terbuka, biolgi Udang Galah, taburan semulajadi, pemilihan tapak, reka bentuk dan pembinaan hatceri, kemudahan dan peralatan hatceri, penyediaan air, makanan dan pemakanan, pengurusan dan penyelenggaraan induk, penetasan larva, pengurusan ternakan dan pengangkutan benih, pengurusan dan penyelenggaraan peralatan hatceri, rekod dan dokumentasi, ekonomi pembenihan, keperluan dan peraturan perdagangan antarabangsa. Latihan dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar
Lokasi Kursus Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kg. Pulau Sayak 08500 Kota Kuala Muda Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus FRIGP 16
Kursus Pengurusan Dan Analisis Kualiti Air Untuk Akuakultur Air Payau
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Adalah sangat penting untuk memastikan kualiti air sentaiasa pada paras yang optima sepanajnag tempoh asuhan atau ternakan bagi menjamin kejayaan projek yang dijalankan. Oleh yang demikian, kursus ini akan memberi pendedahan asas kepada pengurusan kualiti air dan kaedah pemantauan kualiti air di ladang ternakan secara teori dan praktikal. Parameter-parameter fizik dan kimia yang penting dan paras optimanya juga akan diterangkan. Para peserta kursus akan diberi latihan secara amali tentang penggunaan peralatan untuk mengukur kualiti air seperti meter pH, meter oksigen, refraktometer , alat pengukur sushu dan sechii disk. Selain dari pada itu, para pesrta kursus juga akan diberi latihan secara amali di makmal bagi analisis-analisis untuk mendapatkan bacaan ammonia, nitrat, nitrit, Fe menggunakan alat spektrofotometer dan beberapa analisis lain untuk mendapatkan bacaan parameter air seperti BOD, TSS dan alkaliniti.
Lokasi Kursus Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau Pusat Penyelidikan Ternakan Air Payau ( Brackishwater Culture Research Centre ) 81550 Gelang Patah Johor

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATTI01
Kursus Ternakan Ikan Air Tawar dalam Kolam
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak ikan air tawar dalam kolam tanah secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek sepertipenentuan spesies ternakan, pemilihan tapak, rekabentu susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan ternakan meliputi penyediaan kolam, peralatan, pembenihan, mutu air, pemakanan, musuh dan penyakit serta penuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Peserta juga dibawa melawat ke projek-projek yang berjaya.
Lokasi Kursus Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok Perlok 27030 Jerantut Pahang

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APFI01
Kursus Penyediaan Makanan Rumusan Akuakultur Air Tawar
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai panduan penyediaan makanan rumusan akuakultur seperti pelet terapung, separa terapung dan tenggelam bagi akuakultur spesies air tawar. Selain itu, ia juga memberi penekanan tentang cara pemerosesan makanan dan potensi bahan-bahan ramuan ini dalam ternakan. Ia dijalankan secara teori, amali dan lawatan sambil belajar.
Lokasi Kursus Institut Akuakultur Marin Pulau Sayak Kg. Pulau Sayak 08500 Kota Kuala Muda Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATTU01
Kursus Ternakan Udang Galah Dalam Kolam
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak Udang galah dalam kolam tanah. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti pemilihan tapak, merekabentuk, susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan ternakan yang menyeluruh meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil akan diajarkan bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga akan diaturkan semasa kursus.
Lokasi Kursus Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok Perlok 27030 Jerantut Pahang

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATBI01
Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah pembiakan spesies-spesies ikan air tawar terpilih secara semulajadi dan juga aruhan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies, pemilihan tapak, merekabentuk, susunatur dan pembinaan hatceri akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan hatceri yang menyeluruh meliputi penyediaan tangki, pemilihan induk, penetasan telor, penyediaan makanan hidup, pemberian makanan, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta tuaian hasil akan diajarkan bagi memastikan operasi hatceri yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus. Lawatan ke projek-projek contoh yang berjaya juga akan diaturkan semasa kursus.
Lokasi Kursus Pusat Pengembangan Akuakultur Perlok Perlok 27030 Jerantut Pahang

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATBI02
Kursus Pembenihan Ikan Air Tawar (PPA Jitra)
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah pembiakan spesies-spesies ikan air tawar terpilih secara semulajadi dan juga aruhan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam memulakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek seperti penentuan spesies, pemilihan tapak, merekabentuk, susunatur dan pembinaan hatceri akan dijelaskan. Kaedah pengurusan-pengurusan hatceri yang menyeluruh meliputi penyediaan tangki, pemilihan induk, penetasan telur, penyediaan makanan hidup, pemberian makanan, pemeriksaan mutu air, kawalan penyakit serta tuaian hasil akan diajar bagi memastikan operasi hatceri yang cekap dan lancar.
Lokasi Kursus PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR JITRA PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR, 06000 JITRA, KEDAH 06000 JITRA Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATTI 02
Kursus Ternakan Ikan Air Tawar dalam Tangki
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pendedahan mengenai pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai cara- cara , kaedah , prosedur dan perlaksanaan penternakan ikan tangki. Kaedah pengrusan - pengurusan ternakan yang meliputi penyediaan kolam, peralatan, benih, mutu air, makanan, musuh, penyakit serta tuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar. Pengurusan kewangan serta pengurusan rekod akan diberikan penekanan khusus di samping terdapat beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek -projek yang berjaya
Lokasi Kursus Pusat Ikan Hiasan Km 42, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar 33600 Enggor Perak

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATBI 03
Kursus Teknologi Pembenihan Ikan Kelisa
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah/ cara pembenihan ikan kelisa.Peserta juga akan diberi pendedahan kepada aspek-aspek penting seperti pengenalan ikan kelisa, rekabentuk dan pembinaan kolam ,automasi dan mekanisasi, biologi spesies, pengurusan baka Induk /induk , pembenihan berkaitan kaedah pembiakan . kaedah pengeraman dan penetasan, kaedah asuhan rega & benih. Bagi kaedah pengurusan ternakan peserta kursus akan didedahkan berkaitan makanan, mutu air ,kesihatan dan pesiang dan musuh, amalan akuakultur baik dan kuarantin & tatacara Import Eksport.
Lokasi Kursus Pusat Ikan Hiasan Km 42, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar 33600 Enggor Perak

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATTI 04
Kursus Ternakan Ikan Dalam Sangkar
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pendedahan kepada pelatih tentang pelbagai pengetahuan dan kemahiran secara yteori serta amali mengenai cara - cara , kaedah , prosedur dan perlaksaan ternakan ikan iar tawar dalam sangkar atau pen dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Pelatih akan didedahkan dengan jenis - jenis sangkar/ pen ternakan di Malaysia, faktor - faktor untuk menentukan spesies ternakan yang berpotensi, pemilihan tapak, rekabentuk, penyediaan sangkar/pen dan penetuan saiz serta penstokkan benih yang betul. Kursus ini juga memberi penumpuan terhadap pengurusan harian, kualiti air, kesihatan ikan, makanan pemangsa dan penyakit serta rawatan. Tangkapan hasil dan pengendalian lepas tuai serta pengurusan kewangan akan diterapkan kepada pelatih di samping terhadap beberapa siri lawatan sambil belajar ke projek- projek yang berjaya
Lokasi Kursus  

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus ATTI02
Kursus Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Kolam (PPA Jitra)
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai kaedah menternak ikan air tawar dalam kolam tanah secara mapan. Peserta kursus akan didedahkan kepada aspek-aspek penting dalam mengusahakan bidang akuakultur ini. Persiapan awal sebelum memulakan projek sepertipenentuan spesies ternakan, pemilihan tapak, rekabentu susunatur dan pembinaan kolam serta ladang akan dijelaskan. Kaedah pengurusan ternakan meliputi penyediaan kolam, peralatan, pembenihan, mutu air, pemakanan, musuh dan penyakit serta penuaian hasil diajar bagi memastikan operasi kolam yang cekap dan lancar.
Lokasi Kursus PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR JITRA PUSAT PENGEMBANGAN AKUAKULTUR, 06000 JITRA, KEDAH 06000 JITRA Kedah

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APTI03
Kursus Teknik Ternakan Ikan Marin Dalam Tangki
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Tangki Sistem Kitar semula (RAS) merupakan sistem di mana air laut dipam masuk ke dalam tangki dengan kaedah kitar semula. Sistem ini memberikan hasil yang tinggi berbanding dengan sistem kolam dan sangkar. Dengan Tahap kebersihan yang tinggi, ikan yang diternak menggunakan sistem ini diyakini lebih selamat dan mendapat harga pasaran yang tinggi. Oleh itu kursus ini dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada peserta secara teori dan praktikal dalam rekabentuk RAS, pengendalian sistem tangki dan hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi pengeluaran ternakan. Kursus ini diharapkan dapat membantu penternak menceburi teknik ternakan yang baru.
Lokasi Kursus Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut (Marine Fish Production & Research Centre) Tanjung Demong 22200 Besut Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APBI06
Kursus Teknologi Pembenihan Ikan Marin
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus bertujuan untuk memberi pendedahan secara teori dan praktikal dalam teknologi pembenihan ikan marin. Peserta kursus akan diajar tentang pelbagai aspek pembenihan ikan marin termasuk status pembenihan ikan marin negara, rekabentuk hatcheri, biologi spesies ikan marin, penyampelan ikan, pengutipan telur, pemakanan hidup, pengurusan benih ikan marin, pengurusan kesihatan dan kaedah pengangkutan benih ikan marin. Peserta yang menjalani kursus ini diharapkan akan mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengendali sebuah hatceri ikan marin.
Lokasi Kursus Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut (Marine Fish Production & Research Centre) Tanjung Demong 22200 Besut Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APFI05
Kursus Teknik Penyediaan Makanan Hidup
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Pemakanan hidup adalah merupakan faktor yang penting dalam melaksanakan aktiviti pembenihan ikan marin. Di dalam kursus ini, peserta akan diajar secara teori dan praktikal tentang cara-cara dan kaedah-kedah penyediaan makanan hidup untuk pembenihan. Ini termasuklah tentang biologi fitoplankton dan zooplankton yang terdiri daripada spesies Nanochloro, Rotifer dan Artemia. Di akhir kursus, peserta akan mendapat kefahaman tentang cara-cara untuk menyediakan makanan hidup untuk kegunaan aktiviti pembenihan ikan marin.
Lokasi Kursus Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut (Marine Fish Production & Research Centre) Tanjung Demong 22200 Besut Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APHI01
Kursus Pengurusan Kesihatan Ikan Marin
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kejadian penyakit dalam sistem ternakan dan hatceri boleh memberi kesan terhadap penghasilan dan mengakibatkan kerugian. Dengan pengurusan kesihatan yang baik, penyakit ikan dapat dicegah dan dikawal di peringkat awal. Kursus ini dijangka dapat memberi pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dalam teknik pengurusan kesihatan ikan di mana peserta diajar secara tori dan amali dalam cara penyiasatan kematian ikan dan penghantaran sampel, mengenalpasti penyakit ikan dan kaedah rawatan, pengenalan kepada mutu air dan jenis sistem ternakan serta penggunaan peralatan Hatch Kit dalam analisa mutu air.
Lokasi Kursus Pusat Pengeluaran & Penyelidikan Ikan Laut (Marine Fish Production & Research Centre) Tanjung Demong 22200 Besut Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 407
Kursus Produk Inovasi Otoshimi dan Surimi
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran tentang pemprosesan otoshimi, surimi dan produk berasaskan otoshimi dan surimi dalam bentuk teori dan amali. Modul teori merangkumi pemprosesan otoshimi dan surimi, asas pembungkusan dan pelabelan, pengenalan GMP dan Asas Keusahawanan. Manakala modul amali melibatkan cara pemprosesan produk berasaskan surimi (Bebola Ikan / Kek Ikan, Jejari, Nuget dan sosej serta Pemprosesan Produk berasaskan Otoshimi (Keropok Lekor dan Burger)
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 408
Kursus Produk Inovasi Ikan Ternakan
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran tentang penghasilan produk berasaskan ikan air tawar dalam bentuk teori dan amali. Modul teori adalah Pengenalan Produk Ikan Ternakan manakala modul amali merangkumi Penghasilan Produk Tradisional (Ikan Masin, Pekasam dan Salai), Penghasilan Fillet Berserdak Roti dan Pemprosesan Produk Sosej.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 303
Kursus Enjin Sangkut
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus KURSUS INI MEMBERI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BERKAITAN ASAS PENYELENGGARAAN ENJIN SANGKUT. LATIHAN INI MERANGKUMI TEORI DAN AMALI KAEDAH MENYELENGGARA ENJIN DENGAN BETUL. AKHIR KURSUS PESERTA BOLEH MENYELENGGARA SENDIRI ENJIN SANGKUT YANG DIGUNAKAN.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 104
Kursus Pelayaran dan Peralatan Navigasi
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus KURSUS INI MEMBERI PENGETAHUAN ASAS TENTANG PERALATAN - PERALATAN NAVIGASI YANG DIGUNAKAN DI ATAS VESEL NELAYAN. PESERTA AKAN DIDEDAHKAN SECARA TEORI DAN AMALI TERHADAP PERALATAN BANTUAN PELAYARAN SEPERTI PENGGUNAAN KOMPAS, RADAR, GPS DAN ECHO SOUNDER DENGAN CARA YANG BETUL. DI AKHIR KURSUS PESERTA DAPAT MENGGUNAKAN PERALATAN TERSEBUT DENGAN CARA YANG BETUL DAN SELAMAT SERTA DAPAT MENGENALPASTI KEROSAKAN KECIL YANG MUNGKIN BERLAKU.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 409
Kursus Selam Scuba
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Syarat Khas : Lulus pemeriksaan perubatan (Semua pemohon yang berminat perlu menghubungi Urusetia Kursus (09 6172361) sebelum memohon kursus ini untuk penjelasan lanjut) Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan selam skuba dan untuk memperolehi sijil "Open Water Scuba Diver" dan boleh digunakan untuk aktiviti perikanan rekreasi. Latihan merangkumi teori dan amali peralatan selam skuba dari segi penggunaan dan penjagaannya, teknik selam skuba yang betul dan aspek-aspek keselamatan diri semasa melaksanakan aktiviti selaman skuba.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus IN 410
Kursus Selam Scuba Advance
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Syarat Khas : Lulus pemeriksaan perubatan dan mempunyai Sijil Selam Scuba (Semua pemohon yang berminat perlu menghubungi Urusetia Kursus (09 6172361) sebelum memohon kursus ini untuk penjelasan lanjut) Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan selam skuba dan untuk memperolehi sijil "Advance Scuba Diver" dan boleh digunakan untuk aktiviti perikanan rekreasi. Latihan merangkumi teori dan amali selaman di perairan yang lebih dalam dan aspek-aspek keselamatan diri semasa melaksanakan aktiviti selaman skuba.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 

Kod Kursus APM01
Kursus Peralatan Menangkap Ikan
Tahun 2016 Siri Kursus 1
Kursus Ini Berstatus : Terbuka
Keterangan Kursus Kursus ini memberikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan jenis peralatan menangkap ikan tradisional (rawai, bubu dan pukat hanyut) dan peralatan menangkap ikan komersial (pukat jerut dan pukat tunda). Latihan merangkumi teori dan amali kaedah pembinaan rawai, bubu ikan dan pukat hanyut termasuk latihan simulasi di laut untuk memperolehi teknik dan kemahiran mengoperasikan peralatan-peralatan tersebut.
Lokasi Kursus Akademi Perikanan Malaysia (APM) Taman Perikanan Chendering 21060 Chendering Terengganu

* Permohonan kursus boleh dibuat melalui Sistem e-Latihan Jabatan Perikanan Malaysia

 


Kemaskini pada 2016-04-12 14:50:17 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 27439 Tarikh Kemaskini : 29-05-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.