Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Rumput laut

  1. Rumpai laut merupakan tumbuhan akuatik liar yang banyak terdapat di pesisir pantai terutamanya di kawasan terumbu karang dan pantai yang terlindung. Rumpai laut ialah tumbuhan laut yang dikenali sebagai alga, dibezakan berasaskan pigmen warna asli yang ada padanya seperti merah, hijau atau perang.Terdapat pelbagai jenis rumpai laut yang berbeza jenis, tumbuh liar di pesisir pantai negara ini.

  2. Rumpai laut dari jenis tumbuhan besar atau dipanggil sebagai macro-algea diklasifikasikan dalam tiga kumpulan terbesar berdasarkan pigmentasi iaitu; rumpai laut coklat (Phaeophyceae), rumpai laut merah (Rhodophyceae) dan rumpai laut hijau (Chlorophyceae).  

  3. Penternakan rumpai laut  diperkenalkan secara meluas di perairan negeri Sabah pada tahun 90 an. Spesies utama yang diternak ialah dari jenis  rumpai laut merah iaitu Kappaphycus alvarezii (Eucheuma cottoni) bagi penghasilan  biopolimer marin iaitu karaginan.

  4. Di bawah Dasar Agromakanan Negara (DAN 2011-2020) rumpai laut telah dikenalpasti sebagai salah satu komoditi bernilai tinggi yang diberi tumpuan untuk menyumbang kepada pengeluaran ikan dan eksport negara. Atas dorongan tersebut, EPP#3 Mini estet  telah diwujudkan di bawah Program NKEA-Pertanian bagi memacu pembangunan rumpai laut berskala komersial diterajui oleh sektor swasta.  Disamping itu, usaha terus dilaksanakan bagi meningkatkan pengeluaran dan produktiviti penternak sedia ada.

  5. Projek EPP#3 Mini estet rumpai laut dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
     
    1. Projek Estet Mini
       

      Projek estet mini berkonsepkan syarikat peneraju dan penyediaan kemudahan infrastruktur oleh kerajaan.  Keluasan ladang yang perlu dibangunkan adalah minima  30 hektar.

    2. Projek Kluster
       

      Pendekatan projek adalah dengan mengabungkan pengusaha kecil sedia ada menjadi pengusaha berkelompok dengan jumlah minima seramai 30 orang. Kluster perlu menubuhkan entiti perniagaan seperti syarikat atau koperasi. Kemudahan dan infrastruktur disediakan oleh kerajaan.

    3. Projek Komersial
       

      Projek diterajui oleh sektor swasta yang berkeupayaan  mengeluarkan dana pelaburan sendiri. Pihak kerajaan  menyediakan imbuhan bayaran balik sehingga 30 peratus dari jumlah pelaburan.  

  6. Menjelang tahun 2020, jabatan mensasarkan industri rumpai laut menyumbang sebanyak 730 ribu tan metrik atau 50% daripada pengeluaran ikan negara. Pengeluaran tertumpu di negeri Sabah dan usaha sedang dilaksanakan untuk mengembangkan penanaman rumpai laut di kawasan-kawasan lain seperti di Perairan Pulau Langkawi, Kedah.

  7. Jumlah pengeluaran rumpai laut kering dalam tempoh 10 tahun bermula 2005 hingga 2014 adalah seperti jadual berikut:

    Tahun 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014
      Hasil (MT)   3,142   4,320   9,026   11,129   13,885   20,785   23,941   33,147   26,943     24,533
    Nilai borong (RM/kilo)   1.70   1.60   2.50     4.00   2.50   3.00   2.80   2.20   2.90   3.30
    Nilai (RM juta) 5.34 6.91 22.57 44.52 34.71 62.36 66.20 71.82 76.87 81.46

     

  8. Pada tahun 2014, keluasan kawasan penanaman rumpai laut di Sabah adalah sekitar 13,000 hektar di mana sebahagian besarnya atau 87% terletak di daerah  Semporna. Daerah-daerah lain termasuklah daerah Kunak (5%), Lahad Datu (5%),  Daerah Tawau ( 2%) dan baki 1% di daerah-daerah Pantai Barat Sabah seperti  Kudat, Tuaran dan Kota Belud.

  9. Langkah untuk memperluaskan kawasan penanaman terus diberi keutamaan dengan mewujudkan  Zon Industri Akuakultur khusus untuk penanaman  rumpai laut. Di Sabah, dianggarkan seluas 43,200 hektar kawasan berpotensi untuk penanaman rumpai laut. Bagi tempoh lima tahun akan datang, Jabatan Perikanan  mensasarkan  untuk membangunkan kawasan  sekitar 22,500  hektar untuk penanaman rumpai laut bagi mencapai sasaran DAN 2011-2020.

  10. Seiring dengan pembangunan huluan  rumpai laut, pelbagai  program kerjasama R&D turut dijalankan bersama agensi penyelidikan dan Instituasi Pengajian Tinggi Awam di negara ini.  Di antaranya termasuklah UMS, USM, UM, UKM, SIRIM dan MARDI. Pelbagai produk telah dihasilkan sam ada makanan dan bukan makanan. Umumnya rumpai laut boleh digunakan dalam pengeluaran produk makanan, perubatan, kosmetik, pembinaan dan sebagainya. Rumpai laut juga mempunyai khasiat tersendiri  dan boleh diambil secara segar.

 

Sweet Green Red
Yellow Green Brown
Crocodile Worm Giant
Black Aring Euchuema

 

 


Kemaskini pada 2016-03-31 16:00:58 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 27439 Tarikh Kemaskini : 29-05-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.