Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Bahagian Kejuruteraan

Fungsi
 
 
  Cawangan Kejuruteraan Akuakultur
» Melaksana Program Transformasi NKEA bagi EPP Akuakultur.
» Merekabentuk, mengurus, menyelia, memantau dan menilai pembangunan teknologi hatceri, sistem RAS dan teknologi kolam ternakan.
» Menyedia input kejuruteraan dalam mengenalpasti kawasan berpotensi serta penetapan NKEA/Zon Industri Akuakultur (ZIA) /Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM).
» Menetapkan quantum, memantau dan menilai kerja-kerja ‘reimbursement’ projek-projek NKEA.
» Merangka piawaian jabatan untuk sistem-sistem teknologi akuakultur seperti teknologi Hatcheri, sangkar ternakan, dan  kolam/tangki ternakan termasuk penggunaan sistem automasi, mekanisasi dan teknologi hijau.
» Merancang, melaksana dan memantau projek-projek  pembangunan akuakultur.
» Membantu pemindahan teknologi baru termasuk penyediaan  sistem-sistem inkubator kepada bakal pengusaha serta  mengadakan kerjasama dengan aktiviti pengembangan dalam bidang akuakultur .
» Menyedia input kejuruteraan dalam mengenalpasti tapak yang berpotensi bagi ternakan ikan dalam sangkar dengan melakukan Kajian Hidrography
» Melaksana aktiviti khidmat nasihat teknikal dan memberi  kuliah-kuliah kejuruteraan berkaitan ternakan akuakultur.
» Menjalankan program transformasi perikanan melalui inovasi.
» Membuat kajian/penerokaan teknologi bagi mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi baru/terkini/hijau di dalam pembangunan industri akuakultur.
» Merekabentuk sistem automasi dan mekanisasi di dalam pembangunan industri akuakultur.
» Membangun dan memverifikasi sistem automasi dan mekanisasi dan mengeluarkan piawaian teknologi terkini untuk industri. 
» Menjalankan proses pemantauan, penilaian dan inovasi sistem automasi dan mekanisasi sediada.
 
 
  Cawangan Pelaksanaan Projek Infrastruktur
» Merancang , menguruskan dan mengawalselia pembangunan  projek–projek baru seperti kompleks pejabat, kuarters, institut, jeti, pelabuhan dan kemudahan infrastruktur asas.
» Mengurus dan melaksanakan program Jabatan Perikanan samada secara dalaman, BPSP, JPS, JKR  atau oleh juruperunding.
» Memberi input Teknikal dalam perancangan projek serta penetapan sistem, susunatur dan piawaian yang akan diguna pakai.
» Mengkaji serta menyiasat tapak serta ukur, penyediaan pelan konsep serta ringkasan projek dan bajet
» Menyediakan pelan terperinci dan dokumen spesifikasi serta memanggil sebutharga atau tender.
» Membuat penilaian, mengurus termasuk menyelaras, mengawalselia projek mengikut perancangan jadual dan tatacara kontrak serta peruntukan yang ditetapkan
» Melaksanakan program pengurusan aset Jabatan Perikanan termasuk penilaian dan pelupusan aset.
» Memberi khidmat rundingan teknikal kepada kumpulan sasar dan agensi lain.
 
 
  Cawangan Kejuruteraan Perikanan Tangkapan Dan Teknologi Marin
» Merekabentuk, menyedia spesifikasi, mengurus, dan menyelia pembinaan vesel Jabatan dan vessel contoh nelayan, kemudahan dan keselamatan nelayan seperti lampu pemandu dan boya keselamatan, pembinaan sangkar ternakan ikan di laut, muara dan tasik, pembinaan struktur terapung seperti rumah
operasi di atas air dan pontoon, pembinaan peralatan sokongan seperti fish pump, lift up, feeding system, pembinaan boya tambatan, pembinaan pelbagai model tukun tiruan dan payao mengikut kesesuaian tapak dan spesis.
» Menyediakan anggaran kos, perincian perihal kerja, senarai kuantiti bahan, dokumen tender/sebutharga, membuat penilaian dan   pengurusan kontrak di samping memperakukan pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah siap.
» Mengemaskini piawaian dan peraturan Jabatan selaras dengan peraturan antarabangsa seperti IMO, ILO dan Hygiene On Board (HOB) bagi semua zon vesel nelayan di Malaysia mengikut keperluan semasa.
» Melaksanakan Program NKEA melalui EPP Perikanan Tangkapan.
» Memberi khidmat perundingan kepada kumpulan sasar, agensi kerajaan dan swasta.
» Menjalankan program transformasi perikanan melalui inovasi.
» Membuat kajian/penerokaan teknologi bagi mengadaptasi dan mengaplikasi teknologi baru/terkini/hijau di dalam pembangunan industri perikanan tangkapan dan vesel nelayan.
» Merekabentuk sistem automasi dan mekanisasi di dalam pembangunan perikanan tangkapan dan vesel nelayan.
» Membangun dan memverifikasi sistem automasi dan mekanisasi dan mengeluarkan piawaian teknologi terkini untuk industri.
» Menjalankan proses pemantauan, penilaian dan inovasi sistem automasi dan mekanisasi sediada.
» Mengurus program inovasi sektor perikanan termasuk menjadi urusetia pertandingan inovasi Jabatan
» Mengangkat teknologi yang berpontesi untuk dipertandingan ke peringkat yang lebih tinggi seperti MAMPU dan di komersilkan
» Menjalankan pemeriksaan semua vesel nelayan bagi tujuan proses pelesenan dalam Akta Perikanan, pekeliling yang berkuatkuasa dan pematuhan peraturan-peratuan antarabangsa seperti:-
  i.  Pengukuran Gross Registered Tonnage (GRT)
  ii. Penentuan kuasa kuda, jenama dan model enjin.
  iii.Pemeriksaan peralatan keselamatan
  iv. Pemeriksaan pemasangan, pengujian dan pentauliahan Mobile Tracking Unit (MTU)
  v. Pemeriksaan layak layar berdasarkan piawaian badan pengkelasan
  vi.Juruaudit dalaman Hygein On Board
  vii.Menjadi pakar rujuk syarikat pinjaman, Insuran dan  Agensi lain di dalam menilai vesel bagi tujuan pinjaman, insurans dan kes-kes kemalangan.
  viii.Melakukan penilaian vesel dan peralatan rampasan bagi vesel tempatan dan asing bagi tujuan proses perundangan dan menjadi pakar rujuk mahkamah
  ix.Menjalankan pemeriksaan vesel nelayan bagi tujuan pelupusan (Exit Plan).
 
 
  Cawangan Penyelanggaran Kapal (Limbungan Perikanan)
» Melaksana penyelenggaraan vesel secara berjadual.
» Melaksanakan penyelenggaraan sangkar ternakan ikan Jabatan dan peralatan perikanan.
» Memberi perkhidmatan sokongan logistik untuk vesel Jabatan, sangkar ternakan ikan jabatan dan peralatan perikanan di seluruh Malaysia.
» Mengurus operasi Limbongan Perikanan termasuk melaksana aktiviti/kerja limbongan kapal di Pelabuhan Klang dan penyeliaan serta pemantauan penyelenggaraan vesel di limbongan swasta
» Memberi input kejuruteraan khusus di atas vesel Jabatan semasa aktiviti penyelenggaraan dan rekabentuk
» Membantu dalam pelaksanaan dan pemantauan projek pembangunan perikanan termasuk menyelenggara aset-aset Jabatan
» Mengurus bengkel automasi dan mekanisasi.
» Memberi khidmat rundingan teknikal kepada Jabatan serta nelayan.
» Merancang, menyelia, memantau semua pelaksanaan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan vesel Jabatan di Zon Pantai Timur, Zon Utara dan Zon Sarawak/Labuan.

Kemaskini pada 2014-12-15 14:45:16 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 27439 Tarikh Kemaskini : 29-05-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.