Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

GAMAT

  1. Pengenalan

    1. Gamat merupakan sejenis haiwan invertebrat (tanpa tulang belakang) tergolong dalam salah satu dari lima filum Enchinodermata yang mengandungi 25 famili, 200 genera dan 1400 spesies di seluruh dunia. Ia juga dikenali sebagai timun laut, balat, bat, beronok, teripang dan hoi-sum. Ia mempunyai khasiat dan nilai terapeutik (keupayaan menyembuh dan merawat) yang tinggi. Di antara spesies gamat yang mempunyai nilai perubatan adalah daripada genus Stichopus atau gamat emas. Teripang (H. scabra) merupakan salah satu sumber makanan laut yang digemari oleh rakyat Malaysia.

    2. Gamat begitu sinonim dengan masyarakat tempatan sejak dahulu kerana sifatnya yang boleh menyembuhkan luka. Masyarakat Cina menjadikan gamat  sebagai menu masakan yang istimewa terutama sewaktu musim perayaan. Kini gamat merupakan satu komoditi yang bernilai tinggi dan dipasarkan begitu meluas. Industri gamat telah lama wujud dan sehingga kini permintaan gamat masih tidak dapat dipenuhi oleh sumber tempatan.

    3. Pendaratan gamat menyumbang sebahagian daripada jumlah pendaratan perikanan tangkapan negara.  Industri  gamat telah menjadi satu aktiviti komersial di Malaysia seperti industri pembuatan farmaseutical, kosmetik, ubat-ubatan dan makanan tambahan.

  2. Sistem ternakan

    1. Gamat merupakan spesies baru yang bernilai tinggi yang mula diberi tumpuan dalam RMKe-10. Bagaimanapun, teknologi pembenihan gamat masih di peringkat R&D dan ternakan belum berkembang dengan baik disebabkan bekalan benih yang terhad. Pada masa ini, ternakan gamat masih tertumpu di negeri Sabah dan Langkawi, Kedah.

    2. Untuk ternakan, sistem kandang di laut (pen culture), kolam atau sistem pen dalam kolam boleh digunakan. Di Malaysia, tiada hatceri tempatan yang mengeluarkan benih gamat untuk tujuan komersial. Sebagai langkah permulaan, Jabatan Perikanan sedang menjalankan penyelidikan pembenihan gamat di Hatceri Gamat Sementara di Bukit Malut, Langkawi.

  3. Peringkat ternakan

    Ternakan gamat terbahagi kepada tiga (3) peringkat berikut:

    1. Pembenihan
      Dijalankan di pusat pembenihan (hatceri).

    2. Asuhan (nurseri)
      Dijalankan di dalam tangki atau kolam asuhan di mana benih gamat diasuh sehingga mencapai saiz yang sesuai untuk ternakan iaitu dalam lingkungan berat 20 hingga 40 gram/ekor.

    3. Ternakan
      Bagi memudahkan pengendalian dan pemeriksaan ternakan, gamat diletakkan di dalam kandang anak terlebih dahulu. Kandang anak  bersaiz lebih kecil dan diletakkan di dalam kandang ternakan. Sebagai contoh kandang ternakan di Teluk Yu, Langkawi bersaiz 2,500 m2/unit.

  4. Penyediaan kandang (pen culture)

    Struktur kandang biasanya berbentuk empat segi dibina mengunakan pancang dan jaring. Pancang diperbuat daripada kayu atau besi bergalvani di tanam sebagai penyokong dan jaring ditanam ke dalam tanah bagi menggelakkan benih gamat atau gamat dewasa daripada terlepas.

  5. Pemilihan benih

    Benih yang sesuai digunakan untuk ternakan dalam kepungan adalah yang bersaiz 20 hingga 40 gram/ekor sesuai dengan saiz mata jaring yang digunakan.

  6. Pengawalan kualiti air

    Ternakan gamat dijalankan dalam kepungan di kawasan perairan pantai yang terlindung dan tidak terdedah kepada udara apabila air surut. Bagi tujuan ternakan, kawasan yang dipilih hendaklah terlindung, mempunyai pergerakan air dan tidak tercemar.

  7. Pengurusan ternakan

    1. Tempoh ternakan :  8 bulan untuk mencapai saiz pasaran 300 gm

    2. Kadar tebaran (stocking) : 1 ekor/m2

    3. Diternak secara ekstensif

    4. Kos pengeluaran lebih rendah

      1. tidak perlu diberi makanan
      2. gamat menapis makanan daripada substrat/dasar laut

    5. Pengendalian berkala

      1. membersihkan jaring kandang ternakan
      2. Persampelan gamat

  8. Penuaian dan pengendalian hasil

    1. Penuaian dijalankan dengan mengutip gamat yang hidup berselerak di dalam kandang ternakan. Biasanya  gamat gemar berkumpul ditepi jaring.

    2. Gamat boleh diproses dengan beberapa cara seperti dikeringkan atau sejukbeku. Nelayan biasanya merebus hasil tangkapan dengan campuran daun betik dan limau sebelum dijemur hingga kering untuk dipasarkan (Gambar 2).

      DSC00509     DSC01610

      Gambar 2. Gamat kering yang terdapat di pasaran

    3. Pemprosesan gamat

      1. Mengutip gamat
      2. Membuang perut
      3. Merendam gamat dalam garam
      4. Membuang kandungan garam dan kalsium
      5. Membersih gamat
      6. Merebus gamat
      7. Mengred gamat
      8. Mengeringkan gamat
      9. Membungkus gamat

  9. Produk dan Pemasaran

    1. Produk-produk daripada gamat termasuklah sebagai makanan, kosmetik dan farmaseutikal.

    2. Pasaran utama gamat Malaysia adalah negara China, Amerika, Taiwan, Hong Kong, Singapura dan UAE.

      P1040674.JPG     P1030958.JPG

 


Kemaskini pada 2016-06-17 15:14:31 daripada Bahagian Pembangunan Akuakultur

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 30285 Tarikh Kemaskini : 21-09-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.