Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Turtle Excluder Device (TED)

PERANTI PENYISIH PENYU ATAU DIKENALI SEBAGAI TED (TURTLE EXCLUDER DEVICES) 

TED adalah peranti yang diperbuat daripada aluminium atau galvani yang dipasang di bahagian hadapan keroncong pukat tunda bertujuan supaya penyu atau mamalia marin yang terperangkap di dalam pukat tersebut, berupaya keluar dari pukat tersebut.
 
Selain dapat menyelamatkan penyu, penggunaan TED turut meningkatkan hasil tangkapan nelayan antara tiga hingga lima peratus serta hasil tangkapan tidak bercampur dengan sampah dan kotoran.
 
Penggunaan TED juga berjaya mengurangkan penangkapan ikan baja sebanyak 12 hingga 15 peratus dan dapat mengurangkan penggunaan bahan api diesel sehingga 10 peratus serta mengurangkan kerosakan ke atas pukat tunda kerana sampah dan objek besar terlepas keluar dari pukat.
 
Penggunaan pukat tunda udang telah dikenal pasti menjadi salah satu punca utama kepada tertangkapnya penyu di perairan umum di serata dunia termasuk di negara ini. Oleh yang demikian atas kesedaran yang tinggi untuk mengurangkan kesan tangkapan ini terhadap penyu maka Negara Amerika Syarikat  telah menetapkan satu syarat atau peraturan agar semua negara-negara yang ingin mengeksport hasil tangkapan udang di laut hendaklah menggunakan alat Peranti Penyisih Penyu pada pukat yang digunakan. Tanpa penggunaan alat ini hasil udang yang ditangkap adalah dilarang untuk di eksport ke negara Amerika Syarikat. Peraturan ini adalah merujuk kepada “U.S Shrimp import embargo” yang telah berkuat kuasa mulai tahun 1996.
 
Atas kesedaran untuk memulihara spesies penyu di perairan umum, Jabatan Perikanan telah memainkan peranan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan penyu dan untuk memperkenal serta memberi tunjuk ajar kaedah penggunaan alat Peranti Penyisih Penyu kepada masyarakat nelayan terutama yang mengusahakan pukat tunda udang di negara ini khususnya di Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.  Penggunaan alat ini amatlah perlu kerana ianya telah terbukti secara langsung dapat mengurangkan kadar tertangkapnya penyu secara tidak sengaja semasa aktiviti penangkapan udang dijalankan oleh nelayan dengan menggunakan pukat tunda. Jika alat ini dipasang pada pukat maka penyu-penyu yang terperangkap akan dapat melepaskan diri dan secara langsung kadar bilangan penyu terperangkap akan berkurangan.
 

  • Peranti ini digunakan pada pukat tunda bagi membolehkan penyu yang tertangkap di dalam pukat ini keluar semula.

  • Kajian awal atau pilot projek dijalankan oleh pihak FRI Rantau Abang pada vesel perikanan PTMT di Kemaman, Terengganu. Kajian ini sebahagiannya dibiayai oleh pihak swasta iaitu Huntsman Tioxide. Pihak Jabatan menggalakkan penglibatan swasta dalam program pemuliharaan penyu ini.

  • Antara kebaikan TED ialah :
    • Menjimatkan kos minyak / operasi
    • Mengurangkan kemasukan sampah sarap dan objek lain ke dalam keroncong
    • Memberikan hasil tangkapan yang lebih berkualiti memandangkan hasil tangkapan tidak bercampur dengan sampah sarap.
    • Memudahkan penyu terlepas dari pukat.
       
  • Pada tahun 2013, satu kerjasama bersama pihak WWF-Malaysia bagi menganjurkan satu bengkel latihan penggunaan TED kepada nelayan pukat tunda PTMT di Kemaman Terengganu yang dijangka diadakan pada Mei 2013. Latihan ini akan melibatkan khususnya nelayan di kawasan Kemaman, Terengganu dan mungkin beberapa wakil nelayan pukat tunda dari kawasan lain.

  • Penggunaan TED adalah salah satu keperluan yang digariskan dalam EU Regulation.

  • Terdapat cadangan untuk meletakkan penggunaan TED dalam syarat lesen pukat tunda PTMT.

Jabatan Perikanan Malaysia amat komited untuk menggalakkan penggunaan peralatan menangkap ikan yang mesra alam dan tidak merosakkan sumber di kalangan nelayan supaya sumber perikanan negara sentiasa dapat dipulihara dan bekalan ikan negara dapat ditingkatkan untuk kebaikan generasi akan datang.

Untuk tujuan itu, FRI Rantau Abang telah menghasilkan Peranti Penyisih Penyu (TED)  yang diubah suai sedikit ruang di bawahnya yang berbentuk senyum (smile) supaya ikan pari dapat memasuki keroncong pukat tunda. Reka bentuk TED ini adalah hasil cadangan daripada nelayan Kemaman supaya dapat memerangkap ikan pari dan telah diuji dengan menggunakan 20 ekor penyu di makmal NOAA Fisheries Panama City, Amerika Syarikat pada bulan Jun 2013.

Hasil ujian telah mencapai keputusan yang membanggakan, bila mana kesemua penyu berkenaan telah berjaya keluar dari pukat dalam tempoh tiga minit iaitu memenuhi standard yang ditetapkan oleh NOAA Fisheries Amerika Syarikat. Pihak berkenaan telah memperakui dan ia boleh digunakan di Malaysia. TED ini sedang dalam proses untuk dipatenkan bagi memperoleh Sijl Harta Intelek.

Maklumat Pukat Tunda Musim Tengkujuh (PTMT) yang dilesenkan di Malaysia :

Bil Negeri Bilangan PTMT PTMT Aktif PTMT dipasang TED
1 Kelantan 77 35 -
2 Terengganu 72 47 21
3 Pahang 101 85 -
4 Johor (timur) 90 25 -
  JUMLAH 340 192 21

 

Ruang berbentuk senyum (smile) dibentuk pada
bawah TED bagi menangkap ikan pari.

 

(TED – TURTLE EXCLUDER DEVICE)

 

PENYERAHAN TED KEPADA NELAYAN KEMAMAN PADA MAC 2015

 

Penyerahan TED kepada 5 Orang Nelayan Kuantan Oleh
Y.B Exco Pertanian Negeri Pahang
Pada 25 Mac 2015

 

Demonstasi Penggunaan TED Di Sandakan Sabah Pada 16 Oktober 2015
Pada Tahun 2015

 

DEMONSTRASI PENGGUNAAN TED DI LAUT

 

LATIHAN PEMASANGAN TED PADA PUKAT TUNDA

 

Perbandingan Hasil Tangkapan Mengggunakan TED dan Tanpa Menggunakan TED

 



Kemaskini pada 2016-03-25 12:46:59 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 27439 Tarikh Kemaskini : 29-05-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.