Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

StrepToVax

StrepToVax: Vaksin untuk pencegahan penyakit Streptococcosis pada ikan tilapia

Pendahuluan:
Streptococcosis merupakan jangkitan bakteria Streptococcus spp. terutamanya Streptococcus agalactiae dan Streptococcus iniae. Patogen Streptococcus agalactiae, lazimnya menjangkiti ikan tilapia bersaiz lebih daripada 100g. Jangkitan didapati begitu serius terutamanya di sangkar-sangkar dimana aktiviti akuakultur dijalankan secara intensif dan boleh menyumbang kepada 40-60% kematian hasil ternakan. Jangkitan juga didapati serius akibat suhu air yang tinggi (lebih dari 30ºC) terutamanya pada musim panas dan kering. Antara faktor tekanan lain yang menyumbang kepada jangkitan ialah kejernihan air, yang membolehkan tembusan cahaya matahari sehingga lebih dari 4 m kedalaman air yang seterusnya mengekal haba termasuk kepadatan ikan yang tinggi.
Simpton atau tanda-tanda klinikal jangkitan:

  1. keadaan tidak normal di mata seperti mata terbonjol (pop-eye), atau  buta,  
  2. keradangan pada pangkal sirip dan badan,  
  3. renangan yang tidak menentu(erratic swimming) dan hilang kawalan keapungan,
  4. lethargi atau lesu dan hilang selera makan.

 

Kunci utama pencegahan penyakit streptococcosis adalah mengekalkan kualiti air yang baik dan kebersihan persekitaran ternakan serta pemberian vaksin. Selain itu, benih ikan yang baru perlu dikuarantin terlebih dahulu bagi memastikan ia bebas daripada penyakit.
Penyakit Streptococcosis telah direkodkan merebak di hampir keseluruhan Semenanjung Malaysia. Melihat kepada kepentingan pencegahan dan impak kerugian kepada penternak, pihak NaFisH bersama rakan kolaborasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Agro-Bioteknologi Institute (ABI) telah menjalankan kajian yang komprehensif merangkumi;

  1. Kajian epidemiologi jangkitan streptococcosis – bagi menentukan hubungkait faktor-faktor risiko lain yang turut menyumbang kepada jangkitan
  2. Kajian Patogenisiti Streptococcus agalactiae
  3. Pembangunan vaksin berasaskan makanan (whole-cell adjuvant & recombinant vaccine)
  4. Percubaan vaksin berasaskan makanan di makmal dan lapangan
 

Hasil Penyelidikan
 
Vaksin StrepToVax (whole cell vaccine) adalah hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan selama 10 tahun. Vaksin yang berasaskan makanan ini dibangunkan dengan menggunakan strain bakteria tempatan. Aplikasi secara `oral’ pemberian vaksin StrepToVax ini adalah diformulasi melalui campuran di dalam pellet makanan ikan. Kaedah ini lebih praktikal berbanding dengan cara suntikan atau rendaman yang boleh mendatangkan stress kepada ikan. Bagi pengambilan vaksin  yang optima, ikan perlulah dipuasakan selama sehari sebelum pemberian. Percubaan lapangan yang dilakukan bersama penternak di Tasik Kenyir, Trengganu pada tahun 2012 dan 2014 menunjukkan tahap antibodi ikan yang tinggi berjaya dihasilkan. Tahap antibody ini dapat bertahan sehingga 4 bulan sekiranya vaksin diberikan pada 3 kali secara berkala iaitu pada minggu 0, 2 dan 6 (Gambar 1 dan 2). Kadar kemandirian (survival rate) ikan yang direkodkan juga adalah tinggi iaitu 75% berbanding kumpulan ikan yang tidak diberikan vaksin ini iaitu sebanyak 47%. Kajian ini menunjukkan pengawalan melalui vaksin mampu meningkatkan ketahanan ikan terhadap Streptococcosis.

Hasil kajian lapangan pada 2012:

 

Hasil kajian lapangan pada 2014:

Majlis pelancaran vaksin StrepToVax dan manual pengurusan penyakit streptococcosis pada ikan tilapia merah telah diadakan pada 14 Oktober 2014 bertempat di Corus Hotel, Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ismail Abu Hassan (KPP).

Pengkomersilan: Akan dijalankan oleh ABI (RP-2)

Target group: Penternak ikan tilapia (anggaran 5,667 penternak).

Outcome: penggunaan vaksin StrepToVax, meningkatkan  kadar kemandirian dan  hasil pengeluaran ikan tilapia.

Impak:

  1. Meningkatkan pendapatan penternak
  2. Meningkatkan produktiviti industri akuakultur
  3. Meningkatkan hasil produktiviti akuakultur negara 

Kemaskini pada 2016-03-21 15:33:22 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 27439 Tarikh Kemaskini : 29-05-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.