Laman Web Rasmi
dof Jabatan Perikanan Malaysia
Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia
 
 
 
 
W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Propagasi Karang

Keadaan terumbu karang di seluruh dunia semakin terjejas teruk. Di kebanyakan kawasan, kesan langsung daripada aktiviti manusia seperti penangkapan ikan secara terlarang, penggunaan bahan letupan dan racun sianida serta pengutipan karang secara haram, termasuk juga kesan pencemaran dan peningkatan suhu dunia, telah menyumbang kepada kemusnahan batu karang. Bagaimanapun, karang yang dikultur di dalam makmal dapat membantu memulihkan semula karang-karangan yang telah dimusnahkan. Daripada menunggu bertahun-tahun untuk karang tumbuh secara semulajadi, para penyelidik dapat mempercepatkan proses melalui penanaman semula karang di dalam nurseri.
 
Kaedah pemulihan karang secara tradisional memerlukan koloni karang dewasa diselamatkan daripada mati. Tiada karang baru akan ditambah ke laut dan sebarang kematian akibat daripada operasi menyelamat karang akan memberi kesan langsung kepada kematian karang. Justeru, ini bukanlah cara terbaik untuk memulihkan ekosistem karang. Maka penyelidik di Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Pinang telah memulakan suatu projek dengan mengambil induk karang yang hampir musnah dan membahagikannya kepada koloni-koloni baru bagi mewujudkan lebih banyak koloni-koloni karang untuk tujuan tanaman semula. Kaedah pembiakan karang secara aseksual ini dipanggil penanaman semula karang. Proses sebegini telah berjaya dipraktikkan di seluruh dunia.
 
Kajian ini mula dijalankan di Institut Penyelidikan Perikanan Pulau Pinang. Induk karang telah diambil dari Port Dickson, Negeri Sembilan; Pulau Kendi, Pulau Pinang; dan Pulau Songsong, Kedah. Ia dibawa balik ke FRI dan dimasukkan di dalam tangki semaian berkedalaman 1 meter selama beberapa hari untuk menyesuaikannya dengan persekitaran baru. Seterusnya ia dipotong kepada beberapa bahagian yang kecil dengan menggunakan kaedah dan peralatan khusus. Simen khas (yang dapat mengeras kurang dari 30 saat) dituang ke dalam cawan plastik. Karang yang telah dipotong dilekatkan pada substrak simen sebelum ianya dimasukkan kembali ke dalam tangki semaian. Gambar karang diambil sebagi rujukan untuk tujuan dokumentasi.
 
Sejak pertengahan tahun 2012, sebanyak 23 spesies karang keras dan 6 spesies karang lembut telah menjalani proses penanaman semula.  Berdasarkan keputusan awal, kesemua karang yang terpilih boleh dipropagasi.  Kadar kemandirian karang keras dalam tempoh 6 bulan pertama adalah melebihi 70%, sementara karang lembut adalah melebihi 50%.  Sebanyak 6 spesies telah berjaya dijadikan generasi kedua (F2).  Kadar kemandirian spesies F2 adalah lebih tinggi berbanding generasi pertama (Karang keras >80%; Karang lembut >70%).
 
Kadar tumbesaran spesies karang keras yang ditanam semula mampu mencecah 3cm dalam tempoh 6 bulan pertama selepas ditanam semula, sementara kadar tumbesaran spesies karang lembut adalah melebihi 3cm.
 
Jabatan Perikanan Malaysia telah memulakan aktiviti propagasi karang pada tahun 2011 di FRI Batu Maung, Pulau Pinang. Kemudiannya projek ini telah dikembangkan ke Pusat Ikan Hiasan Pori Dickson, Negeri Sembilan bermula tahun 2012. Sehingga kini jabatan telah mempunyai lima syarikat di bawah program Usahawan Agropreneur Muda yang sedang menjalankan aktiviti propagasi karang secara in situ di Pulau Bidong, Terengganu dan juga secara ex situ di Pusat Ikan Hiasan Port Dicskon, Negeri Sembilan.
 
Kursus mengenai kaedah kultur dan propagasi karang untuk industri akuarium telah dianjurkan di Pusat Akuakultur Port Dickson yang melibatkan 10 orang peserta belia dan 5 orang kakitangan Jabatan dari seluruh Malaysia. Antara silibus yang disukat bagi pelaksanaan kursus ini merangkumi pengenalan umum dunia karang, biologi, taksonomi, pembiakan, kultur, propagasi dan isu-isu atau keperluan standard antarabangsa berkaitan karang di Malaysia. Objektif utama kursus ini adalah untuk melahirkan pengusaha perintis dari golongan belia yang berminat untuk menceburi perniagaan karang-karangan di dalam Akuarium. Di samping itu, pelaksanaan program ini akan diperkembangkan untuk dijadikan sebagai  “exit plan” bagi komuniti nelayan dan diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penanaman karang di kawasan laut.
 

Gambar 1:      Acropora spp. yang telah ditanam semula

 

Gambar 2:      Pelbagai jenis karang yang telah ditanam semula

 
 
 
 

HARD CORALS
 
Favites abdita (pineapple coral)   Favites pentagona (pineapple coral)
     
 
Galaxea fascicularis (galaxy coral)   Goniopora columna (flowerpot coral)
     
 
Lobophyllia corymbosa (lobed brain coral)   Lobophyllia hemprichii (lobed brain coral)
     
 
Pachyseris rugosa (elephant skin coral)   Pavona decussata (leaf coral)

 

HARD CORALS
 
Pectinia spp. (lettuce coral)   Pocillopora damicornis (cauliflower coral)
     
 
Porites lobata (jewel coral)   Symphyllia sp. (brain coral)
     
 
Turbinaria peltata (turban coral)   Echinophyllia sp. (hedgehog coral)
     

 

SOFT CORALS
 
Sarcophyton ehrenbergi (leather coral)   Sinularia sp. (finger leather coral)
     
     

 


Kemaskini pada 2016-03-31 16:53:47 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Tel : 03 - 8870 4000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 30285 Tarikh Kemaskini : 21-09-2017
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.