INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN (IPP) INSTITUT PENYELIDIKAN PERIKANAN (IPP)

 
 
 

 
VISI

  • Untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi Penyelidikan Perikanan Tropika.

MISI

  • Untuk memberi pengetahuan dan kepakaran saintifik yang tepat bagi pembangunan sektor perikanan secara mapan.

SLOGAN

  • Menerajui Inovasi Perikanan

PIAGAM PELANGGAN

Institut Penyelidikan Perikanan komited untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang bertepatan dengan keperluan Jabatan dan industri, khususnya dalam bidang akuakultur, perikanan tangkapan, pemprosesan hasil perikanan, pemuliharaan persekitaran akuatik, peningkatan mutu dan kegunaan hidupan akuatik yang berlandaskan kepada etika dan cara kerja yang piawai.

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dan tepat kepada kumpulan pelanggan kami, termasuk penternak, nelayan dan pengusaha hasil perikanan dalam membangunkan industri perikanan negara dengan penuh dedikasi dan profesional dengan menepati ikrar-ikrar seperti berikut:

  1. Mengeluar dan mendokumenkan hasil penyelidikan yang relevan, berlandaskan kepada asas-asas sains yang kukuh, beretika, bernas, berpotensi dan berdaya saing selewat-lewatnya 3 tahun bagi sesuatu kajian atau fasa kajian.
  2. Memberi maklum balas dan laporan yang sesuai ke atas segala permohonan perkhidmatan analisis makmal dalam masa 10 hari bekerja.
  3. Memberi maklumat dalam bidang-bidang akuakultur, ekosistem akuatik, keselamatan makanan dan status sumber perikanan serta maklumat biologi ikan dalam masa 2 hari bekerja.
  4. Mengambil tindakan susulan terhadap apa-apa aduan pelanggan dalam masa 7 hari.
  5. Menyediakan khidmat nasihat dan perundingan secara profesional dan telus dalam jangka masa yang dipersetujui bersama dengan pelanggan.
  6. Menghayati nilai-nilai murni dan tatakelakuan penyelidik yang terkandung dalam kod etika Institut Penyelidikan Perikanan semasa memberi khidmat kepada pelanggan.