Piagam Pelanggan


Kami komited untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti dan adil kepada semua pelanggan seperti berikut:

  • Menyediakan berbagai maklumat pembangunan industri perikanan dalam tempoh lima hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan
  • Memberi maklumbalas khidmat sokongan teknikal dan pengembangan ke atas cadangan pelaburan dalam sektor perikanan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan
  • Memberi jawapan kepada setiap permohonan untuk mengikuti kursus berjadual yang dianjurkan oleh Jabatan selewat-lewatnya 14 hari selepas permohonan diterima
  • Memberi perkhidmatan perhubungan 24 jam melalui Pusat Kawalan Operasi (PUKAOP) bagi membantu kumpulan sasaran yang menghadapi kesulitan atau bencana
  • Mengeluarkan Sijil Tempasal dalam tempoh satu hari dan Sijil Kesihatan Ikan Hidup dan Sijil Sanitasi yang hendak dieksport dalam tempoh tiga hari dari tarikh penerimaan permohonan.
  • Memperbaharui semua lesen peralatan dan vesel menangkap ikan dalam tempoh satu hari dari tarikh penerimaan permohonan setelah mematuhi semua syarat - syarat pembaharuan lesen.
  • Mengeluarkan semua permit (kecuali permit laut dalam dan permit angkut) di bawah bidang kuasa Jabatan Perikanan dalam tempoh satu hari sekiranya memenuhi syarat-syarat permit berkenaan
  • Keputusan bagi kes-kes tangkapan yang boleh ditawarkan kompaun diputuskan dalam tempoh tiga hari dari tarikh penerimaan maklumat kes dan kertas siasatan yang lengkap.
  • Melayani dan mengambil tindakan ke atas setiap pertanyaan dan aduan awam dalam tempoh tiga hari.
  • Memberi maklumbalas dan laporan yang sesuai ke atas segala permohonan perkhidmatan analisis makmal dalam masa 10 hari