Cawangan Perundangan
 
 
Fungsi
 

  •  

Sumber rujukan mengenai Akta Perikanan 1985 [Akta 317], Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah Perikanan serta aspek-aspek berkaitan perundangan perikanan.

  •  

Memberi khidmat nasihat, pandangan dan ulasan undang-undang berkaitan isu atau perkara untuk keputusan dalam dasar rancangan perikanan negara yang melibatkan aspek perundangan Malaysia atau antarabangsa.

  •  

Menentukan jenis kesalahan dan tindakan kepada pihak yang didakwa melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985, peruntukan-peruntukan dan Peraturan-Peraturan Perikanan di bawahnya.

  •  

Menjalankan pendakwaan, rayuan dan penyeliaan ke atas semua kes kesalahan yang tidak boleh dikompaun di bawah Akta Perikanan 1985 di Mahkamah Majistret/Sesyen/Tinggi di seluruh negara.

  •  

Menentukan jumlah kompaun yang patut dikenakan kepada pihak yang melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya bagi jenis kesalahan yang boleh di kompaun.

  •  

Menyemak draf perjanjian, persefahaman (MOU) dan kerjasama di antara jabatan dengan kumpulan sasaran atau pihak-pihak lain yang berkepentingan.

  •  

Menyemak draf rang undang-undang dan peraturan-peraturan berkaitan perikanan serta mendapatkan kelulusan Jabatan Peguam Negara sebelum dibahaskan di Parlimen atau diluluskan oleh menteri.

  •  

Merancang, menyelaras atau mengendalikan latihan kemahiran dan kursus untuk kakitangan di dalam negeri atau luar negeri berkaitan perundangan perikanan.

  •  

Melaksanakan auditan atau naziran terhadap pengurusan kes-kes pendakwaan, kompaun, penyimpanan, pengurusan dan pelupusan barang kes serta Fail Kertas Siasatan (IP) kes di seluruh negara.

  •  

Mengambil bahagian di dalam program-program yang mempunyai kaitan dengan aspek perundangan perikanan termasuk menghadiri mesyuarat-mesyuarat untuk kepentingan Jabatan Perikanan.