Bahagian Pengurusan Maklumat Perikanan
 
 
Fungsi
 

 Cawangan Pengutipan Data
» Merancang, merekabentuk, dan membangun program pengutipan data perikanan,
» Melaksanakan dan menyelia program pengutipan data tangkapan ikan marin, akuakultur,lepas tuai dan dagangan perikanan
» Menyimpan, memproses dan menganalisis data perikanan
» Menyediakan buku laporan perangkaan perikanan tahunan,
» Menasihat pihak pengurusan Jabatan mengenai perubahan arah aliran data perikanan
» Menyediakan laporan tahunan perikanan kepada badan antarabangsa yang berkenaan , dan
» Membekalkan maklumat perikanan kepada industri
  
»Cawangan Teknologi Maklumat
» Merancang, merekabentuk, membangun dan menyelenggara kesemua sistem aplikasi Jabatan dan peralatan ICT Jabatan
» Merancang, merekabentuk dan menyelenggara pangkalan data  dan 'data warehousing' serta sistem maklumat eksekutif
» Melaksanakan program keselamatan ICT Jabatan.
» Melaksanakan pembangunan dan pembudayaan ICT terutama melalui sistem aplikasi Jabatan
» Merancang dan melaksanakan rangkaian komunikasi (LAN dan WAN) pengkomputeran Jabatan
» Menyediakan perkhidmatan kepakaran dalam bidang pengkomputeran dan teknologi mallumat.
  
»Cawangan Komunikasi
» Merancang dan menyelia bahan-bahan termasuk bahan-bahan multimedia untuk penyebaran maklumat kepada orang ramai dan industri perikanan
» Merancang, menyelaras dan melaksanakan pameran-pameran di peringkat tempatan dan antarabangsa.
» Mengurus dan menyelaras hal-hal publisiti Jabatan
» Berurusan dengan pihak akhbar dan media-media lain mengenai hal-hal publisiti jabatan
» Menerbit, memasar dan mempromosikan maklumat-maklumat perikanan dalam pelbagai bentuk media
» Menyediakan khidmat kepakaran dalam penerbitan media dan promosi maklumat perikanan