
PROSEDUR AM PELESENAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (SEMENANJUNG MALAYSIA, W.P LABUAN DAN SARAWAK )
Terdapat beberapa prosedur am yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Prosedur am tersebut adalah seperti berikut :
1. Pengeluaran Lesen/ Permit Baru
- Lesen untuk Zon A, B dan C tidak lagi dikeluarkan
- Permohonan bagi permit untuk zon C2 ( Laut Dalam ) tidak lagi dikeluarkan.
- Permohonan bagi permit untuk zon C3 ( Perairan Laut Antarabangsa ) masih dibenarkan.
2. Pertukaran Zon
- Pertukaran dari zon A ke mana-mana zon adalah tidak dibenarkan
- Pertukaran dari zon B ke zon C masih dibenarkan dengan syarat muatan (GRT) vesel zon C berkenaan adalah tidak melebihi 65 GRT
- Pertukaran dari zon B atau zon C ke zon C2 adalah tidak dibenarkan
3. Perolehan Vesel bagi Permit Baru
Perolehan vesel bagi zon C2 dan C3 yang dibenarkan adalah seperti berikut :
a ) Vesel tempatan ( Vesel Bina Tempatan )
i.Vesel Kayu Baru
ii.Vesel Kayu Terpakai
iii.Vesel Besi Baru
iv.Vesel Besi Terpakai
v.Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Baru
vi.Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Terpakai
b) Vesel Luar Negara *
i.Vesel Kayu Baru ( Untuk Vesel zon C3 sahaja )
ii.Vesel Kayu Terpakai ( Untuk Vesel zon C3 sahaja )
iii.Vesel Besi Baru
iv.Vesel Besi Terpakai
v.Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Baru
vi.Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Terpakai
* Semua vesel dari luar negara perlu mempunyai Sijil Layak Layar ( Sea Worthiness ) yang dikeluarkan oleh agensi bertanggungjawab dari negara asal vesel berkenaan.
4. Ganti Kulit / Ganti Enjin
- Semua vesel adalah dibenarkan untuk ganti kulit / ganti enjin setelah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Kerja-kerja ganti kulit / ganti enjin hanya dibenarkan dalam negara sahaja
5. Ubahsuai Vesel
- Semua vesel dibenarkan untuk diubahsuai (saiz atau muatan) setelah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Kerja-kerja ubahsuai hanya dibenarkan dalam negara sahaja.
6. Perolehan Peralatan Elektronik dan Peralatan Dek
- Semua perolehan peralatan elektronik dan peralatan dek adalah dibenarkan kecuali peralatan komunikasi yang memerlukan kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
7. Perolehan / Pembaikan Peralatan Menangkap Ikan
- Semua perolehan / pembaikan peralatan penangkapan ikan adalah dibenarkan sepertimana yang tercatat dalam permit / lesen yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan
8. Pindah Milik / Pindah Pangkalan
- Semua urusan pindah milik lesen vesel / pindah pangkalan hendaklah mendapat kelulusan daripada Jabatan Perikanan.
9. Prosedur ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa