Senario Industri Perikanan Malaysia Senario Industri Perikanan Malaysia

Senario Industri Perikanan Malaysia

PRESTASI DAN PENCAPAIAN SEKTOR PERIKANAN

Pada tahun 2010 subsektor perikanan telah menghasilkan 1,777,366 tan metrik ikan, iaitu peningkatan sebanyak 3.77% berbanding 2009 iaitu sebanyak 1,710,301 tan metrik. Sementera dari segi nilai menunjukkan penurunan sebanyak 23% dalam tempoh yang sama, iaitu sebanyak RM 6.579 juta, berbanding RM 8,546  juta pada tahun 2009. Bidang perikanan tangkapan dan akuakultur masing-masing menyumbang sebanyak 1,415,211 tan metrik dan 362,155 tan metrik kepada pengeluaran ikan negara.

Perikanan Tangkapan
Sebanyak 26% pengeluaran ikan negara disumbangkan oleh perikanan tangkapan marin yang terbahagi kepada perikanan laut pantai dan perikanan laut dalam. Pendaratan dari perikanan laut dalam telah menunjukkan penurunan dari 1,376,850 tan metrik pada 2009 kepada 316,304 tan metrik, manakala pengeluaran ikan dari laut pantai telah meningkat iaitu dari 1,080,379 tan metrik pada tahun 2009 kepada 1,098,906 tan metrik. Dari segi nilai perikanan laut dalam menyumbang sebanyak RM 1.271 juta, iaitu satu peningkatan berbanding RM 1.164 pada tahun 2009. Perikanan laut pantai pula menyumbang sebanyak RM 5.305 juta berbanding RM 4.907 juta pada tahun 2009.

Akuakultur
Pengeluaran daripada akuakultur telah meningkat kepada 362,155 tan metrik, iaitu peningkatan sebanyak 7.93 %, berbanding 333,450 tan metrik pada tahun 2009. Nilai pengeluaran juga turut meningkat dari RM 2.295 juta pada tahun 2009 kepada RM 2.522 juta. Akuakultur air payau masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 205,931 tan metrik, berbanding air tawar yang menyumbang sebanyak 156,224 tan metrik. Ini adalah satu peningkatan berbanding 2009 yang masing-masing menyumbang sebanyak 180,819 tan metrik akuakultur air payau dan 152,630 tan metrik air tawar. Dari segi nilai pula pada tahun 2010 akuakultur air payau menyumbang sebanyak RM 1.783 juta berbanding RM 1.589 juta pada tahun 2009, manakala akuakultur air tawar menyumbang RM 738 juta berbanding RM 704 juta pada tahun 2009.

Rumpai Laut
Pengeluaran rumpai laut telah mencatatkan peningkatan kepada 138,897 tan metrik berbanding 138,855 tan metrik pada tahun 2009, iaitu peningkatan sebanyak 0.03%. Nilai pengeluaran juga turut meningkat kepada RM 28.2 juta berbanding RM 27.8 juta tahun sebelumnya.


Ikan Hiasan
Pengeluaran ikan hiasan telah menurun kepada 341.6 juta ekor berbanding 561.4 juta ekor tahun 2009, iaitu penurunan sebanyak 35.7 %. Nilai pengeluaran juga telah menurun kepada RM 644.5 juta berbanding 2009 pada nilai RM 877.3 juta.


  Pengeluaran Ikan Hiasan

 

Pages: 1  2