Pengenalan HACCP merupakan singkatan kepada ' Hazard Analysis and Critical Control Point' iaitu suatu Sistem Pengurusan Kualiti yang menilai kemungkinan bahaya kesihatan berlaku terhadap sesuatu produk makanan dan mengambil langkah-langkah kawalan terhadap peringkat atau titik kawalan yang genting. CCP atau titik kawalan kritikal di sini bermaksud, peringkat di mana tidak dapat dikawal , kawalan perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan bahaya kesihatan tersebut. Melalui cara ini kemungkinan bahaya kesihatan dapat dicegah daripada berlaku. Ianya suatu sistem yang dapat memberi keyakinan bahawa segala langkah kawalan yang telah diambil bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan. Sistem ini hanya menekan kepada keselamatan makanan sahaja, iaitu sebahagian daripada ciri-ciri kualiti; tetapi ia bukan suatu sistem yang mengawal kualiti. HACCP juga bukan merupakan sistem yang memberi Risiko Sifar ( Zero-Risk ) tetapi suatu sistem yang terbaik dewasa ini yang dapat memberikan jaminan terhadap kemungkinan risiko keselamatan paling minima. Sistem HACCP berupaya menampung perubahan seperti rekabentuk peralatan moden / canggih , prosedur pemprosesan atau kemajuan-kemajuan teknologi dan juga boleh diapplikasikan melalui rantaian makanan dari pengeluar primer ke pengguna akhir. Kursus HACCP Kecekapan HACCP Bagi Pengguna Dan Penyelia Kawalan Mutu Matlamat Membantu pihak industri pemprosesan yang berasaskan ikan di dalam melaksanakan program-program yang dikehendaki di bawah peraturan HACCP Objektif - Membantu pihak industri pemprosesan yang berasaskan ikan di dalam melaksanakan program-program yang dikehendaki di bawah peraturan HACCP
- Menerangkan perlaksanaan program serta perundangan antarabangsa dan keperluan-keperluan untuk mengeksport hasil pemprosesan berasaskan ikan
- Membolehkan para peserta memberikan tunjuk ajar berkaitan HACCP kepada pekerja di bawah seliaan mereka
Kecekapan HACCP Bagi Pekerja Kilang Pemprosesan Matlamat Bagi menerapkan kepentingan amalan perkilangan baik dan amalan kebersihan diri, selaras dengan kehendak HACCP Objektif - Memberikan pengetahuan asas mengenai HACCP yang diperlukan
- Memberikan kefahaman tentang peranan pekerja di dalam perlaksanaan HACCP di dalam pengeluaran produk-produk berasaskan ikan
- Menerangkan kaedah-kaedah kebersihan diri, serta kebersihan premis yang berkaitan dengan pemprosesan makanan berasaskan ikan.
|