Pendahuluan
 
Perikanan, termasuk akuakultur, menyediakan sumber makanan yang sangat penting, pekerjaan, rekreasi, perniagaan dan ekonomi penduduk dunia; baik generasi kini maupun generasi akan datang, dan oleh itu harus dilakukan secara bertanggungjawab. Kod ini menetapkan prinsip-prinsip dan piawaian antarabangsa tingkahlaku bagi amalan yang bertanggungjawab dengan maksud untuk menentukan pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan sumber hidupan akuatik yang berkesan, dengan mengambilkira ekosistem dan kepelbagaian biologi. Kod ini memperakui kepentingan pemakanan, ekonomi,sosial,persekitaran dan budaya perikanan, dan kepentingan semua yang berkaitan dengan sektor perikanan. Kod ini mengambil kiraciri-ciri biologi sumber dan persekitarannya dan kepentingan pengguna danlaian-lain pengguna. Negara-negara dan mereka yang terlibat didalam perikanan adalah digalakkan untuk menggunakan kod ini serta menerapkannya.