Bermula 1 Sept 2006, permohonan permit harus dibuat secara elektronik iaitu melalui sistem e-permit. Melalui sistem e-permit, pengeksport, pengimport dan agen penghantar boleh mendapt kelulusan permit melalui internet . Maklumat permit yang telah lulus turut dihantar ke Sistem Maklumat Kastam (SMK) secara elektronik. Sistem ini menyatakan keperluan Jabatan Perikanan yang mesti dipenuhi seperti maklumat konsaimen, kuota dan data produk Permohonan Untuk Permit Mengeksport Ikan Hidup Berikut merupakan keperluan untuk memohon Permit Eksport Ikan Hidup | 1. | Borang Permohonan FQ1 | | 2. | Permit Eksport Jabatan Perikanan | | 3. | Dua (2) salinan Inbois (jika tanpa Sijil Kesihatan) | | 4. | Tiga (3) salinan inbois (jika memerlukan Sijil Kesihatan) | | 5. | Salinan kebenaran menjual/ memelihara/ menternak ikan larangan (dikeluarkan oleh Pejabat Perikanan Negeri) | [ Aliran Proses Permohonan Permit Eksport Ikan Hidup ] » [ PDF Format ] Keperluan Bagi Borang FQ1 adalah : | 1. | Nama dan alamat pemohon | | 2. | Agen Penghantar dan Syarikat mengeksport | | 3. | Tarikh eksport, destinasi dan jenis komudit | | 4. | Menandakan dalam ruangan yang disediakan samada memerlukan Sijil Kesihatan atau Sijil Tempasal | Keperluan Dalam Inbois adalah : | 1. | Nombor dan Tarikh inbois | | 2. | Alamat penuh pengimport/ pengeksport/ pengangkut | | 3. | Nama saintifik dan nama biasa ikan | | 4. | Kuantiti | | 5. | Nilai Dalam Ringgit Malaysia (RM) | | 6. | Inbois ikan hiasan dan Kap Jepun (Koi) mesti diasingkan | |