Prosedur Perlesenan & Zon-zon Perikanan

 

Zon-Zon Perikanan

PROSEDUR AM PELESENAN JABATAN PERIKANAN MALAYSIA (SEMENANJUNG MALAYSIA, W.P LABUAN DAN SARAWAK )

Terdapat beberapa prosedur am yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Prosedur am tersebut adalah seperti berikut :
1. Pertukaran Permit Baru

  •  
Permit untuk Zon A, B dan C tidak lagi dikeluarkan
  •  
Permohonan bagi permit untuk zon C2 ( Laut Dalam ) dan C3 ( Perairan Laut Antarabangsa ) masih dibenarkan.
2. Pertukaran Zon
  •  
Pertukaran dari zon A ke mana-mana zon adalah tidak dibenarkan
  •  
Pertukaran dari zon B ke zon C masih dibenarkan dengan syarat saiz (GRT) vesel zon C berkenaan adalah tidak melebihi 65 GRT
  •  
Pertukaran dari zon B, zon C ke zon C2 adalah tidak dibenarkan

 3. Perolehan Vesel bagi Permit Baru

  •  
Perolehan vesel bagi zon C2 dan C3 yang dibenarkan adalah seperti berikut :
  a ) Vesel tempatan ( Vesel Bina Tempatan )
i.
Vesel Kayu Baru
ii.
Vesel Kayu Terpakai
iii.
Vesel Besi Baru
iv.
Vesel Besi Terpakai
v.
Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Baru
vi.
Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Terpakai
  b) Vesel Luar Negara *
i.
Vesel Kayu Baru ( Untuk Vesel zon C3 sahaja )
ii.
Vesel Kayu Terpakai ( Untuk Vesel zon C3 sahaja )
iii.
Vesel Besi Baru
iv.
Vesel Besi Terpakai
v.
Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Baru
vi.
Vesel Gentian Kaca (Fiberglass) Terpakai
 
* Semua vesel dari luar negara perlu mempunyai Sijil Layak Layar ( Sea Worthiness ) yang dikeluarkan oleh agensi bertanggungjawab dari negara asal vesel berkenaan.
4. Tukar Kulit / Tukar Enjin
  •  
Semua vesel adalah dibenarkan untuk tukar kulit / tukar enjin setelah mendapat kelulusan terliebih dahulu daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Kerja-kerja tukar kulit / tukar enjin hanya dibenarkan dalam negara sahaja
5. Ubahsuai Vesel
  •  
Semua vesel adalah dibenarkan untuk ubahsuai vesel setealh mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Perikanan Malaysia. Kerja-kerja ubahsuai hanya dibenarkan dalam negara sahaja.
6. Pembaikan Vesel
  •  
Pembaikan vesel adalah dibenarkan dengan syarat tiada perubahan kepada saiz / muatan vesel berkenaan. Kerja-kerja pembaikan hanya dibenarkan dalam negara sahaja
7. Perolehan Peralatan Elektronik dan Peralatan Dek
  •  
Semua perolehan peralatan elektronik dan peralatan dek adalah dibenarkan kecuali peralatan komunikasi yang memerlukan kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
8. Perolehan / Pembaikan Peralatan Penangkapan Ikan
  •  
Semua perolehan / pembaikan peralatan penangkapan ikan adalah dibenarkan sepertimana yang tercatat dalam permit / lesen yang dileuarkan oleh jabatan
9. Pindah Milik / Pindah Pangkalan
  •  
Semua urusan pindah milik lesen vesel / pindah pangkalan hendaklan mendapat klelulusan daripada Jabatan Perikanan Malaysia.
10. Prosedur ini adalah tertakluk kepada pindaan dari masa ke semasa