Perutusan Dari Ketua Pengarah Perutusan Dari Ketua Pengarah

 


 
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi laman web Jabatan Perikanan.

Jabatan Perikanan merupakan peneraju utama pembangunan dan pemodenan sektor perikanan negara. Misi Jabatan Perikanan adalah untuk mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mampan, dinamik dan berdaya saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti. Dalam melaksanakan misi tersebut, Jabatan memberi tumpuan kepada usaha yang dapat meningkatkan kualiti, kecekapan, dan keberkesanan penyampaian perkhidmatannya dan perkongsian pintar di antara Jabatan dan pihak yang berkepentingan.

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah mewujudkan satu pemudah cara yang membuka saluran informasi kepada orang ramai. Justeru, laman web ini telah direkabentuk sebagai satu medium utama untuk menyampaikan pengumuman, perkhidmatan, program, perangkaan, dan maklumat umum mengenai Jabatan. Lantaran itu juga, laman web ini telah disusun sebagai sumber rujukan kepada semua yang berkepentingan dalam meluaskan konsep masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan..

Saya berharap laman web ini akan memberi manfaat kepada semua dengan adanya penyelenggaraan berterusan dan pengemaskinian maklumat supaya sentiasa terkini. Pada masa yang sama saya alu-alukan sebarang cadangan, pandangan serta maklumbalas melalui ruang yang telah disediakan.


DATO' AHAMAD SABKI B. MAHMOOD
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia