Pekeliling Biosekuriti | Pekeliling Biosekuriti Bilangan 1 Tahun 2010 Mengenai Syarat-Syarat Import/ Eksport/ Angkut Ikan Hidup | | Bagi mematuhi keperluan negara dan keperluan negara pengimport bagi aktiviti eksport dan angkut ikan hidup, Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan satu syarat-syarat import, eksport dan angkut ikan hidup di bawah Seksyen 40 (Kawalan Ke Atas Ikan Hidup) Akta Perikanan 1985. Syarat-syarat ini untuk memastikan ikan yang diimport, dieksport dan diangkut adalah bebas daripada penyakit berjangkit yang dikhuatiri akan merebak di dalam perairan negara dan negara pengimport Syarat-syarat ini merangkumi syarat-syarat sebelum, semasa dan selepas berlakunya aktiviti import, eksport dan angkut ikan hidup.
| |