| Pergerakan ikan hidup di antara negara dan merentasi sempadan negara (pergerakan merentasi sempadan) adalah penting bagi ekonomi, sosial dan peningkatan perdagangan. Pergerakan ikan hidup merentasi sempadan akan menyebabkan pengenalan kepada pathogen yang tidak diketahui, baru dan "emerging". Ini akan menyebabkan risiko kepada kesihatan haiwan di dalam industri perikanan dan akuakultur di Malaysia. Satu notifikasi kepada Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) bernombor rujukan G/SPS/MYS/20 dan G/SPS/N/MYS/20/Add.1berkenaan syarat import ikan hidup telah dibangunkan sebagai langkah kawalan bagi menjaga pergerakan ikan yang masuk ke Malaysia. Syarat–syarat import ini telah disediakan selaras dengan langkah di dalam Perjanjian Sanitary and Phytosanitary (SPS) di dalam WTO. Semua negara ahli berhak untuk mengamalkan langkah SPS bagi melindungi kesihatan haiwan. Dokumen Berkaitan: |