VISI,MISI & OBJEKTIF VISI,MISI & OBJEKTIF

 


Visi
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing.

Misi

  1. Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
  2. Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.
  3. Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.



Objektif

  1. Merealisasikan pengeluaran ikan untuk tujuan makanan sebanyak 2.6 juta tan metrik melalui sumbangan perikanan tangkapan yang optimum sebanyak 1.8 juta tan metrik dan akuakultur sebanyak 0.8 juta tan metrik.
  2. Mencapai kadar pertumbuhan purata tahunan pengeluaran rumpai laut dan ikan hiasan sebanyak 10% dan 12%.
  3. Pelaburan tambahan swasta mencapai RM10 bilion menjelang tahun 2020.
  4. Menepati tadbir urus yang rapi dengan aktiviti-aktiviti utama Jabatan memperolehi Pensijilan ISO menjelang tahun 2015.
  5. Membangun dan mengkomersialkan 10 teknologi baru menjelang tahun 2020.
  6. Memastikan pendapatan kumpulan sasar Jabatan yang terlibat dalam aktiviti perikanan melebihi RM1,500 sebulan.