PROSEDUR UNTUK MENJADI PEMBEKAL MTU YANG DITAULIAHKAN OLEH JABATAN PERIKANAN MALAYSIA
 
Pembekal MTU yang bercadang untuk membekal alat MTU kepada pengusaha-pengusaha vesel menangkap ikan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi digunakan bersama sistem VMS Jabatan Perikanan Malaysia perlu mendapat Kelulusan Kefungsian dahulu dari Jabatan Perikanan Malaysia

 

Tatacara memohon Kelulusan Kefungsian ini adalah seperti berikut:

Jawatankuasa Induk Pemantauan Vesel dan Pelaksanaan VMS
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1, Menara 4G2
Wisma Tani, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 PUTRAJAYA

  • Bakal pembekal MTU akan dinilai berasaskan kepada kenyataan yang dikemukakan dalam dokumen-dokumen yang diisi dan memenuhi keperluan pra-kelayakan yang disyaratkan dalam dokumen juga menerusi sesi ujian. Sila pastikan semua dokumen ini dibaca dan difahami dengan teliti. Dokumen yang lengkap diisi akan dihantar kepada Urus Setia Jawatankuasa Induk Pemantauan Vesel dan Pelaksanaan VMS bersamaan unit MTU yang ditawarkan. 
  • Pembekal yang berjaya dalam penilaian akan ditawarkan Kelulusan Kefungsian untuk membekal alat-alat MTU kepada pengusaha-pengusaha vesel menangkap ikan yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia.