PERMOHONAN LATIHAN SECARA ONLINE
| Permohonan mengikuti latihan anjuran Jabatan Perikanan Malaysia kini boleh dibuat secara online menerusi portal eServices Jabatan Perikanan Malaysia di alamat http://eservices.dof.gov.my. |
| |
| Pendaftaran dibuka kepada kumpulan sasaran Jabatan (iaitu Nelayan, Penternak dan Pengusaha Perikanan), warga Jabatan Perikanan Malaysia dan juga rakyat negara-negara yang menyertai program MTCP (Malaysian Technical Cooperation Programme) Jabatan Perikanan Malaysia. Penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta Malaysia yang berminat menyertai latihan sangkut di Jabatan Perikanan Malaysia juga boleh berdaftar sebagai ahli portal ini dan mengemukakan permohonan berkenaan secara online. Sekiranya maklumat lanjut mengenai sistem ini diperlukan, anda boleh mengemukakannya kepada elatih@dof.gov.my ataupun berhubung dengan Bahagian Pembangunan Sumber Manusia: |
| |
(a) Mohd. Zin Saad: 03-88704603 (b) Luther Moguup John: 03-88704633 |