Maklumat Kursus

 

Objektif Kursus

  1. Meningkatkan kemahiran penternak/pengusaha dengan kaedah dan amalan baik akuakultur yang moden dan mampan.
  2. Meningkatkan produktiviti hasil ladang.
  3. Memindahkan teknologi akuakultur kepada penternak/pengusaha.
  4. Menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada penternak/pengusaha akuakultur.

Kelayakan Pemohon :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur di antara 18 hingga 60 tahun.
  3. Mempunyai kesihatan yang baik.
  4. Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu.
  5. Belia digalakkan memohon.

Kemudahan Yang Disediakan :

  1. Penginapan
  2. Sajian
Permohonan :
  1. Permohonan digalakkan dibuat secara dalam talian (online) melalui sistem eLatihan yang boleh dicapai di laman web Jabatan http://www.dof.gov.my atau http://eservices.dof.gov.my
  2. Permohonan juga boleh dibuat secara manual dengan menggunakan Borang KA1/04(pin3/2006) yang boleh diperolehi dari Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri atau dimuat turun daripada laman web http://www.dof.gov.my
  3. Borang hendaklah diisi dengan lengkap serta dimajukan semula ke pejabat tersebut enam minggu sebelum kursus dijalankan.
  4. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  5. Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat tawaran oleh Pusat-Pusat Latihan.

Organisasi yang berminat untuk menghantar penyertaan secara berkumpulan bolehlah mengemukakan permohonan bertulis kepada Ibu Pejabat Perikanan, Putrajaya dan kursus akan dijalankan mengikut kemampuan pusat latihan.

Permohonan hanya sah untuk tahun semasa. Permohonan semula perlu dibuat untuk tahun berikutnya.


Wisma Tani, Aras 1 - 6
Blok Menara, Lot 4G2, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62628 Putrajaya

Tel : 03—88704000 ext 4652
Fax : 03—88891052
E-mel : hqhelp@dof.gov.my

Untuk pertanyaan sila hubungi :

1. Pn. Siti Fatimah Bt Arsa : 03 - 8870 4650

2. Pn. Wan Norlaila Bt Wan Ibrahim : 03 - 8870 4651

3. En. Mohd Nor Affendi B. Abdul Aziz : 03 - 8870 4641